'Pinjaman tanpa kawalan'. Satu daripada banyak punca yang menyebabkan Greece dilanda masalah ekonomi besar. Itulah padahnya bila buat sesuatu tanpa kawalan. Akibatnya terpaksa 'tebalkan muka' mohon simpati dari pelbagai pihak untuk selamatkan negara. Tension..... kesian tengok muka PM dia. Ya Allah jauhkan negara ku dari masalah serupa ini. ( Walaupun dah ada rumours yang Malaysia akan mengikut jejak Greece). Hopefully our reserve is far more than the debt.
Itulah.... kan ke setiap tindakan dah ada garispanduan. Ikut, buat pembetulan jika perlu sewaktu laksanakan garispanduan tu. Buat kerja kena ikut etika.
Ini mengingatkan ku pada artikel pendek yang ku baca dalam majalah 'Glamour' (bukan aku punya, terjumpa waktu kemas pejabat kat uni. So ter tarik dgn satu artikel.. baca sekejap... waktu rehat..) Dia menyebut tentang kecenderungan manusia untuk terlalu fokus kepada 'goal' . Memang betul itu yang nak dicapai 'at the end of the journey' . Tapi kita perlu juga fokus pada prosedur . Ini nak elakkan diri dari tension dan menikmati setiap tindakan yang kita buat untuk mencapai matlamat.
Ingatan pada dirikku sendiri ' Hayati maksud ayat "1000 dinar". Allah sentiasa sediakan jalan keluar. Jalan keluar itulah prosedur yang perlu kita nikmati dan syukuri.