Wednesday, 20 October 2010

Hujan Batu Negeri Sendiri

Rasa syukur tak terhingga dapat selamat kembali ke tanah air tercinta. Tapi kegembiraan itu terganggu bila terpandang banner tertulis 1 Raya. Secara peribadi aku merasakan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang sentiasa berusaha untuk hormat dan toleran kepada bangsa dan agama lain mula dilunturkan. Sebenarnya itulah perkara yg dikagumi oleh orang dari negara luar. Tapi itulah realiti di Malaysia.

2 tahun 10 bulan bumi Malaysia ditinggalkan. Rasa macam sekejap tapi banyak perubahan fizikal yang telah berlaku , di Johor Bharu terutamanya. Rasa bangga dengan keupayaan negara kita menyediakan prasarana yang moden dan canggih (mengalahkan bandar Hull). Walaubagaimanapun kecanggihan itu dicacatkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang agak kasar. Berbeza dengan kebanyakan orang British di Hull. Bukan tujuan untuk memperkecilkan bangsa sendiri, tapi itulah kenyataan yang terpaksa kita telan. Aku??? Pilh mana yang baik. Tepuk dada tanya iman.

Kembali Memandu Di Malaysia

Stress selama seminggu memandu di bandar Johor Bahru lebih hebat dari 2 tahun di Hull. Konon nak buat baik, beri laluan pada kereta yang nak 'exit'. Bukan satu je kereta yang lepas, berdedai pulak yang mengekor. Dah kena 'horn' pulak dek kereta belakang. Haiiiii.... tak boleh jadi.

Kembali Ke Sekolah Lama<

Menjejak kaki di sekolah lama setelah hampir 3 tahun ditinggalkan mengimbau kembali banyak kenangan manis dan pahit selama bergelar guru selama 14 tahun di sekolah ini. Banyak juga perubahan yang berlaku termasuk pucuk pimpinan. Mr Chia, seorang pengetua yang juga guru cemerlang fizik. Hebat ilmunya dalam fizik. Bertuah guru dan pelajar yang dapat menimba ilmu fizik dari beliau.

Halatuju baru sekolah-sekolah teknik di Malaysia. Sekolah akan dinaiktaraf kepada kolej pada 2013. Nampak cantik perancangannya, tapi masih banyak perkara yang kabur (di kacamata guru-guru). Apa pun niatku kembali ke Sekolah Menengah Teknik Perdagangan adalah untuk membolehkanku membimbing pelajar dalam bidang pilihanku (keusahawanan dan perakaunan). Mudah-mudahan aku dan rakan2 dikurniakan hikmah dan kesabaran dalam mendidik anak sendiri dan anak bangsa.




Saturday, 2 October 2010

Raya Terakhir di bumi Hull, UK

Alhamdulillah kami dapat menyambut eid kali ketiga (dan terakhir, insy Allah) tahun ni di bumi Hull. Terkilan tak dapat pergi sembahyang idul fitri di masjid sebab kereta tak muat. Tinggallah di rumah dengan Saadah.

Call family pagi raya. Sedih sebab tak dapat balik kampung... bapak kurang sihat. Gembira masih dapat dengar suara emak ,bapak, kak Idah dan Lin.

Kami buat rumah terbuka pada hari raya kedua. Anak2 menghias rumah malam tu. They wanted to host the best open house ever in the UK. Alhamdulillah, walaupun setakat makan nasi putih, yg penting hampir semua rakan2 Melayu Hull datang.

Rasanya cara kita sambut raya ni, kat mana2 pun kita di'campak' lebih kurang sama je. Walaupun di UK, ketupat rendang masih menjadi hidangan utama (walaupun tak ORI). Dapat makan sate pulak di rumah Nazri & Amal. Macam orang kata 'biar mati anak jangan mati adat'. Pepatah melayu yang pada pandanganku perlu dibuat 'refurbishment'.

Pesan buat anak2 yang hidup di generasi IT ni, tahu dan fahami pepatah Melayu. Banyak yang perlu diikut, sedikit yang perlu ditambah baik. Sesuaikan dengan budaya Islam agar tidak menyalahi syariat. Syariat dijunjung adat dibela. Salam muhibbah....