Lumrah bola yang bulat sifatnya membuatkan ia tidak stabil. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa pun sudah membolehkan bola tersebut bergerak. Sebab itu ketika diminta untuk memilih bentuk yang menggambarkan diri sendiri, aku tidak memilih bentuk bulat. Ini kerana pada tanggapan ku, bulat itu menggambarkan ketidaktetapan pendirian.
Walaubagaimanapun, bulat itu banyak istimewanya. Hampir semua alat permainan menggunakan elemen bulat . Bola sepak, bola jaring, bola baling, squash, tenis, bola lisut dan berbagai lagi. Inilah yang menjadikan bentuk bulat ini unik sebab semua yang bermain berpeluang untuk menang sebab bentuk bulat itu cukup sensitif. Kesilapan taktikal boleh menyebabkan sesebuah kumpulan kalah atau menang.
Begitu juga dengan bentuk bumi yang Allah jadikan bulat bentuknya. Ini bermakna ia cukup 'fragile'. Maka Allah telah utuskan manusia untuk mentadbir bumi yang jika diurus dengan baik akan mendatangkan kemenangan dan sebaliknya jika diurus dengan 'semberono' akan musnahlah ia dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Masya Allah..... hebatnya pengajaran dari setiap kejadian insan.
Itulah bahang bolasepak di Johor. Sorakan Hidup Johor sentiasa berkumandang setiap kali JDT melangkah ke padang terutama di Stadium Larkin. Tampak meriah perlawanan disebabkan sorakan semangat dari fan club masing-masing. Berbeza bila lihat permainan bolasepak SLeague semalam. Sunyi dan tempat duduk pun kosong. Terfikir juga, mungkin orang-orang di Singapura tidak suka menonton bola sepak. Anak teruna ku kata, orang Singapura suka tengok indoor games. Mungkin tekaan itu betul. Tak adalah kemeriahan Stadium Jalan Besar sama seperti ketika Fandi Ahmad menjadi hero bolasepak Singapura.
Malam ini permainan bolasepak antara JDT dengan The Red Warrior Kelantan, menarik perhatian ramai peminat bolasepak dalam rumahku. Semua kerja sanggup ditangguhkan hanya kerana menumpukan perhatian kepada golekan sebiji bola di atas padang. Apa boleh ku buat, kalau sudah meminati sesuatu, maka aku harus beri laluan yang sepatutnya selagi tidak menyalahi syarak.
Secara peribadi, apa-apa jenis permainan bola pun tidak menjadi kegilaan ku. Apa yang aku suka dengar hanyalah keputusan kerana menonton permainan yang berdurasi 1 jam setengah itu cukup menyebalkan jika pemainnya tidak bermain dengan cekap.
Simbolik yang dapat ku garap dari mana-mana pertandingan bolasepak ialah semangat kekitaan di kalangan kelab penyokong masing-masing yang sanggup berhabis-habisan untuk kelab tersayang. Walaubagaimanapun , apabila sudah berada dalam kumpulan kadang-kadang adab dan nilai menghormati lawan sudah terbang melayang. Kadangkala insiden yang berlaku di stadium bolasepak Malaysia tidak jauh bezanya dengan yang berlaku di Brazil.
Cuba teka..... kumpulan manakah yang paling ramai menjadi penonton? Alangkah eloknya jika kumpulan ini jugalah yang meramaikan stadium jika sambutan Selawat Perdana atau yang seumpamanya diadakan. Rasanya 'orang luar' yang mendengar laungan selawat pun gementar mendengarnya.
Hijrah
Saturday, 18 April 2015
Wednesday, 18 March 2015
AEON MEMBER DAY
'Enjoy Fabulous Discount Up To 70% And Free RM5/10 Voucher For Every Purchase Of RM100 and above'
Tawaran yang bagus untuk semua pelanggan setia AEON atau yang dahulunya dikenali sebagai JUSCO. Ini membuatkan saya terfikir untuk mendapatkan info dulu dan kini.
AEON CO (M) undertaking RM10 million rebranding exercise to change name of its department stores from Jusco to Aeon in Malaysia as part of global branding marketing by AEON group.
AEON Japan Limited is the owner of the largest retail chain stores in Japan. In 1984, they have been invited by the Malaysia’s government to modernize the retail industry in Malaysia. Since then, they have been operating the JUSCO stores under its subsidiary company, AEON CO. (M) BHD. (126926-H).
The name AEON is derived from the Latin word which means ‘eternity’. Through the years, JUSCO has become a household name to Malaysians and has been growing together with our nation since its first presence in Malaysia. ‘Customer First’ has always been the driving philosophy for the AEON group. Now, AEON CO. (M) BHD. (or AEON) is moving towards globalization by taking on the global brand name for all its stores and shopping centres. It is also the perfect opportunity for AEON to further strengthen its position in the market and to establish a clear brand identity.
In line with this rebranding exercise, AEON is organizing a press launch, series of campaign posters, TVC, radio contest, customer engagement activities, and special merchandise. Simultaneously, AEON will introduce a new tagline, ‘AEON ENRICHING YOUR LIFESTYLE’ to the public.
“The dynamic new brand name and logo is part of the company’s strategy to enhance its profile as a leading retailer in Malaysia, ” added Dato’ Abdullah bin Mohd Yusof, Chairman of AEON CO. (M) BHD..
“We believe that we have established the foundations not only for sustainable growth but also for excellence in delivering values and customer service to our customers,” Ms. Nur Qamarina Chew, Managing Director of AEON CO. (M) BHD. further explained.
AEON juga mempunyai pasaran di Vietnam, Hong Kong, China dan Indonesia.

Sejarah penukaran JUSCO kepada Aeon

APAKAH RAHSIA ORANG JEPUN YANG MEMBOLEHKAN MEREKA 'MENJAJAH' SEMULA NEGARA KITA BAHKAN MELUASKAN PENJAJAHANNYA KE NEGARA LAIN.'itulah yang selalu dilaungkan oleh perintis kita' belajarlah dari negara Matahari Terbit '. Tapi mengapa kita tidak benarkan anak-anak kita mengalami kesukaran hidup sebagaimana yang ditanamkan dalam hidup masyarakat Jepun. Generasi perintis termasuk seusia saya pernah mengalami kesukaran untuk pergi sekolah, mendapatkan duit saku, membeli komik kegemaran, makan makanan yang enak dan pelbagai lagi. namun generasi sekarang tidak mengalamai ini semua. Bahkan saya yang tidak memberi kemudahan telefon kepada anak yang masih duduk sebumbung pun dianggap kolot. Selalu saya bisikkan kepada anak-anak, jangan takut menjadi golongan yang sedikit kerana di akhir zaman ini, golongan yang sedikit inilah yang Allah lindungi, InsyaAllah.
Wednesday, 5 November 2014
Wahai Hati ...
Hari Jumaat...sayyidul ayyam sudah seharusnya dihiasi dengan kepelbagaian ibadah baik yang wajib mahupun yang sunat. Walaubagaimanapun, bukan mudah rupanya untuk memujuk dan melembutkan hati agar terus istiqamah dengan kebaikan. Kerencaman ragam manusia sudah semestinya memberi cabaran yang hebat untuk terus bersangka baik dengan orang lain. Hanya satu yang saya pegang untuk memujuk diri agar tidak bersikap 'bajet bagus'. Sudah sememangnya saya bukan seorang yang 'perfect'. Ingat wahai diri yang lemah.... SETIAP MANUSIA ALLAH BERI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN. Kelemahan kita ditampung oleh kelebihan orang lain dan begitulah sebaliknya.
Ya Allah... rupanya diri ini dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang punya keistimewaan tersendiri. Kalau kita cari yang baik dari seseorang, InsyaAllah itulah yang kita jumpa. Sebaliknya jika kita cari kelemahan mereka, maka itulah yang akan kita temui. Kekadang diri ini merasa kecil hati dengan perilaku orang lain. Tapi bila tengok diri...... siapalah aku... tahi mata pun tak boleh nak kawal dari tak keluar, ini kan pula nak mempertikaikan orang lain.
Wahai diri.... sentiasalah menyemai kekuatan diri dan meraikan kehebatan orang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)