Tuesday, 27 September 2011

Dia Datang Lagi

Hari ini saya dapat surat dari Kementerian Pelajaran tentang perlantikan sebagai Jawatankuasa Pemverifikasi Stor. Walaupun jawatan tu taklah hebat sangat, namun tandatangan Ketua Setiausaha Kemeterian memberi 'weightage' kepada jawatan tersebut. Ya Allah.... bilalah kerja nak habis?... saya hiburkan hati dengan kata2 selagi kita hidup, memang Allah akan pikulkan tanggungjawab. Cuma kekadang bimbang tugas2 dunia menjadikan kita terlewat melaksanakan tugas hakiki sebagi 'abid.... dan memang itupun yang kerap berlaku.

Semalam saya cuba menghafal doa yang dikirim oleh Dr Tengku Asmadi .. Doa Mohon Dimudahkan Urusan. Sesungguhnya semua urusan kita adalah milik Allah, maka Dia lebih mengetahui cara yang terbaik mengurusnya. Lantaran itu selalu saya ingatkan diri

Sunday, 25 September 2011

Syawal Pergi Lagi

Orang selalu berkata
Ramadhan yang pergi ditangisi
Bila mengingat kembali
Detik-detik Ramadhan yang telah dilalui
Puasa tak tentu tulen
Tarawih kadang-kadang ponteng
Nak keluarkan sedekah
Teringat kuih raya, baju raya perlu salin
Namun tangisan itu
Hanyalah air mata buaya
Jika saban tahun berlaku
Namun tiada 'transformasi'

Syawal pula dinanti
Konon masa inilah hari keramat
Mohon maaf berkoyan-koyan
Minta halal makan minum
Padahal jumpa pun setahun seklai
Mana pulak kita makan makanan dia

Rutin Syawal berlalu tanpa pengertian
Sedangkan Syawal merupakan Eidul Fitr
Hari fitrah kerana hamba ini baru kembali
Dari berjuang di bulan Ramadhan

Kini Syawal mahu melabuhkan tirainya lagi
Adakah Syawal tahun ini
Telah diraikan
Dengan cara yang lebih baik dari tahun lepas?
KAIZEN....