Monday, 30 August 2010

Kita Memberi Orang Merasa

Hari ini cuti, Bank Holiday. Teringat kali pertama dengar term Bank Holiday di UK ni, ingatkan semua bank cuti. Rupanya 'public holiday'. Di UK semua 'public holiday', except Christmas, adalah pada hari Isnin. Senang sikit nak atur aktiviti jalan-jalan sebab kita boleh gunakan 'Saturday through Monday for a holiday'.

Insy Allah hari ini nak hidupkan budaya hantar makanan ke rumah rakan2 di bulan puasa. Orang Jawa sebut 'munjung'. Di Hull ni ada 2 je orang Jawa. Elok kalau perkenalkan amalan ni kepada rakan2 lain yang kebanyakannya datang dari utara Semenanjung. Satu lagi budaya yang kami orang Johor amalkan di Hull ni ialah 'berkat' (sedikit makanan untuk orang yang datang kenduri rumah kita). Banyak kebiasaan masyarakat Johor yang membantu kami di perantauan ni. Kalau majlis Yaasin dan tahlil, biasanya orang Johor lah yang kena 'lead'. I'm proud to be Johorian.

Thought Of The Day

Kita selalu ingat apa yang kita beri kepada orang tapi jarang kita kenang apa yang orang beri kepada kita. Macam juga kita fikir sembahyang dan puasa kita tu dah cukup untuk menyatakan rasa syukur kita kepada Allah, tapi kita lupa yang setiap mikromilimeter badan kita ni Allah yang uruskan. bayangkan kalau di saat aku menulis ni , tiba-tiba Allah tak alirkan darah ke jari2 yang nak menaip, mahu kebas tangan di buatnya. I remember my 9 years old son asked me, 'Why do you always cook whenever we have 'majlis' for the community?'. Tak fikir pulak dia perasan . Kena jelaskan pada dia, sementara Allah beri kita kesihatan dan rezeki, kita tolong apa yang patut. Mudah2an Allah akan sentiasa beri kita kekuatan dan rezeki yang berkat.


Saturday, 28 August 2010

Lalilatul Qadr

Alhamdulillah, we've been fasting for 17 days. The last 10 days of Ramadhan is coming soon.
Malam2 terakhir Ramadhan ni lah yang kita nak kejar dengan memperbanyakkan solat , membaca al Qur'an dan beriktikaf. Teringat pelawaan Kak Zurinahni tentang program di masjid Berkeley untuk mengisi 10 malam terakhir. Ada yang cadang nak tidur siang, supaya malam boleh berjaga dan 'menghidupkan malam'. Aku tak pasti mampu menerima pelawaan rakan2. Kena fikirkan suami dan anak2 di rumah. Mudah2an Allah beri kekuatan untukku menghidupkan malam Lailatul Qadr walaupun setakat tinggal di rumah.



Saturday, 14 August 2010

Ramadhan Bulan Yang Suci

Hari ini masuk hari ke 4 bulan Ramadhan. Bercakap tentang Ramadhan, aku tertarik dengan cara
kita menyambut kedatangan Ramadhan. Kalau di Saudi Arabia, Ramadhan disambut dengan dentuman mercun dan bunga api (ditunjukkan di AlJazeera News), kami di UK hanya menyambut dengan solat tarawih untuk mengingatkan esok 'everybody has to fast'. Rasanya itulah juga keadaanya di Malaysia. We're not celebrating as it should be. We tend to be happier to face Syawal rather than Ramadhan. It's kind of tradition in Malays community , I guess. It should be the other way around. However, it is not easy to turn around 360 degree the way we do something. Paradigm shift? Easy to say.

Today Kak Kimah check out from our house after being here for just 2 days. I envy her courage to be away from her family during this holy Ramadhan. For the sake of a scroll of Doctor of Philosophy.