Monday, 21 June 2010

Lancashire

Hujung minggu yang lalu kami sekeluarga menziarah sahabat kami Pn Azrina yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta dan pada masa yang sama akan kembali ke Malaysia.
Kami bertolak dari Hull jam 815 malam , 45 minit selepas aku balik dari kerja. Itu yang tak sempat bawa bekalan (makanan). Malam itu kami bermalam di Haven (caravan @ holiday home site) di Fleetwood. Dengan harga 99 pound untuk 3 hari 3 malam, ia cukup berbaloi.

Memandangkan Azrina tiada dirumah sehingga jam 7 malam, kami mengambil keputusan melawat Lake District. Masya Allah, cantik. Saujana mata memandang, kehijauan bumi tuhan disekeliling tasik. Dah lama mata tak bersantai dengan kehijauan alam, penenang jiwa. Teringat Malaysia.

Berjumpa Azrina selepas itu, membawa sedikit kesayuan dan teringat emak ayah di kampung. Ayah beliau baru sahaja meninggal(2 minggu lepas). Beliau rasa terkilan sebab tak sempat berbakti kepada ayah kerana dah hampir 6 tahun berada di UK. Kali terakhir balik Malaysia ialah pada 2005. Masing2 sahabat yang lain bercerita tentang penyakit yang sedang dihidap oleh ibu masing2. Ya Allah kurniakanlah kesihatan dan keberkatan umur kepada kedua ibu bapa ku. Cantiknya pemikiran seorang muslim apabila sentiasa berfikiran positif bila ditimpa musibah. Sentiasa yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Kesedihan hanya bertahan sementara, hidup perlu diteruskan. There's so much to do before our time comes.

Sebelum balik ke Hull, kami melawat Blackpool. Nampaklah Blackpool Tower (kerangka luar macam Eiffel Tower je). Jalan2 ambil gambar . Nak naik tower tak mampu. 14 pound untuk adult. Mahalllll..... Pengalaman melucukan dan memalukan? Masa guna ' Loo Of The Year 2010't in the UK. Tengok toilet tu 'vacant', masukkanlah 20p dalam slot dan buka. O..o.. ada orang kat dalam. Tp aku yakin itu bukan salah aku. Lepas tu anak2 aku jaga pintu takut ada orang buka pintu bila kami guna. Rupanya kena kunci dari dalam, barulah sign 'engaged' tu menyala. Pengajarannya, sentiasa kunci pintu untuk keselamatan dan keharmonian di mana anda berada.








Tuesday, 15 June 2010

Melentur buluh........

A nice pose from Nur Saadah.

Hari ini anak kecilku , Nur Saadah, yang berumur 3 tahun berkata ' Tadi teacher hantar belon untuk Kerry'. Itulah cara guru2 di McMillan Nursery terangkan kepada anak2 kecil tentang ke mana perginya guru kesayangan mereka Kerry . Kerry McKenzie , salah seorang guru di nursery ni telah meninggal dunia pada 3 June lepas kerana 'heart attack'. Terasa kehilangannya terutama bila hantar dan ambil Nur Saadah dari nursery. Dialah antara guru yang paling sibuk melayan kerenah anak2 sementara menanti ibu bapa mereka datang.


Anak2 masih belum faham erti kematian. Bila nak terangkan kepada mereka , kena guna cara yang sesuai dengan cara berfikir. Kena kreatif. Inilah keistimewaan nursery di sini. Mereka akan mengajar anak2 berfikir , bertanya dan mencari jawapan melalui permainan dan persembahan. Sesuatu yang kita kurang lakukan dalam sistem pendidikan pra sekolah di Malaysia. Teringat aku kepada Steiner School Curriculum kepada early years children. It says that the early years curriculum put the emphasis on rounded creative development of the whole child, their personal security and their confidence. Steiner Schools adalah antara sekolah persendirian yang popular di UK. Tak terikat kepada kurikulum nasional, tetapi pelajar2nya menduduki peperiksaan am seperti GCSE.

Sepanjang 2 tahun 5 bulan di sini, banyak perkara yang ku pelajari tentang kaedah pendidikan di UK. Seperti lain2 methods ciptaan manusia, ada baik dan buruknya. Tak semua yang negara maju ni buat elok. Yang baik jadikan teladan, buruk pula jadikan sempadan.



Sunday, 13 June 2010

'Car Boot' dan 'Charity'

Hujung minggu adalah masa berjumpa sahabat2 samada secara dirancang atau tidak. Seperti biasa aktiviti hujung minggu kami di Hull ialah pergi ke CBS (Car Boot Sale). Boleh ku katakan bahawa CBS adalah antara identiti tak rasmi England. Kalau tidak masakan ada program khas tentang CBS ni kat BBC?

Sesetengah orang pandang sebelah mata je dengan barang2 car boot ni. Maklumlah jual barang2 terpakai. Macam beli baju2 'bundle' , kalau di Malaysia. Bagi aku, barang terpakai pun, kalau masih elok dan 'presentable' tak jadi masalah. Kalau perlu samak, samak lah dulu. Bagusnya konsep 'car boot' ni, barang2 yang kita tak nak pakai lagi, kita boleh kitar semual dengan cara jual kepada orang yang lebih memerlukan. Ini kita tak buat di Malaysia. Kalau ada pun mungkin di KL (tapi amat sedikit). Dengan cara ini kita tak membazir, disamping beri peluang bagi yang kurang mampu memakai barang eksklusif dengan harga murah (tapi 'used' lah). Cuma bagi yang nak jual, kenalah bertanggungjawab dan rasional. Juallah barang yang masih elok dan berfungsi.

Balik dari car boot kami bincang dengan anak2, elok kalau kita buat aktiviti ala 'car boot' ni kat Malaysia. Suamiku cadangkan kita buat konsep 'charity' je. ABIM boleh jadi organiser. Buat promo dulu. Sesiapa yang tak nak pakai lagi barang2 tertentu , boleh serahkan kepada organiser. Dengan syarat barang2 tu elok lagi. Hasil jualan serah untuk kerja2 kebajikan. Berpanjanganlah amal jariah.... Antara pembantu kita di alam kubur nanti. Kalau di UK ni , banyak betul 'charity' shop. Ada sesetengahnya tu, hasil digunakan khusus untuk penjagaan binatang2. MasyaAllah..... Mungkin sebab mereka ni dah maju, dah tercapai semua keperluan jasmani dan sosial, sebab tu mentaliti mereka berbeza dengan orang2 di negara membangun ni. Macam yang Abraham Maslow katakan melalui konsep hiraki keperluan manusia tu...

Bila aku cuba kaitkan dengan kehidupan muslim, aku teringat hadis nabi yang intisarinya bermaksud 'Sesungguhnya kefakiran itu menghampiri kekufuran'. Bila kita dah dapat memenuhi keperluan fizikal (tidaklah sampai bermewah2), maka kita akan mula berfikir apa yang kita boleh sumbang kepada orang lain. Sebab itu carilah rezeki seolah2 kita akan hidup selamanya. Beribadahlah seolah2 kita akan mati esoknya.

Saturday, 12 June 2010

Kembali..

Alhamdulillah, after waiting for 3 months , my husband safely arrived at Humberside Airport at 10.25 am. I picked him up with my 2 daughters. We're elated to see him after being far away for quite a long time .

Nur Saadah ,anak kecilku, tak bercakap sepanjang perjalanan balik dari airport. Dia akan jadi macam tu bila tak 'biasa' dengan seseorang. Itulah, baru 3 bulan dah macam tu. Bimbang juga kalau kami balik Malaysia nanti sementara suamiku masih di Hull. Lama pulak tu, setahun lebih. Tapi, insyaallah , bila dia dah besar sikit dan 'fikiran lebih matang' perkara ni boleh diatasi.

Bekalan dari Malaysia? MasyaAllah...... 29 kilo bagasi dan 20 kila 'hand luggage'. Jenuh kami nak tolong angkat. Apa dia?...... Macam2 ada... Yang penting ... bahan makanan Malaysia yang tiada di UK ni. Bekalan hari raya.... termasuk baju raya. Nak kena jahit lepas ni. Aku dah pesan dengan anak2, cuti sekolah ni kena belajar buat baju raya sendiri. Dah besar, kena ada skill urus rumah dan isi rumahnya sekali.

Bercakap tentang skill atau kemahiran, banyak yang bermain di fikiran. Termasuklah assignment yang tak selesai lagi ni. Sekarang ni tengah bertungkus lumus menyiapkan assignment untuk Diploma Courses dalam Life g Skills Coaching. Dah agak lama terbengkalai. I have to complete the course before going back to Malaysia. Aku berharap sedikit ilmu yang aku dapat dari kursus ni dapat membantu usaha merealisasikan aspirasi Jabatan Pendidikan Teknikal untuk melahirkan usahawan yang berketrampilan, sesuai dengan objektif matapelajaran Pengajian Keusahawanan. Maklumlah balik nanti nak kena ngajar balik subjek tu.. (Itu pun kalau masih di sekolah yang sama). Apapun lifeskills ni penting untuk semua bidang. Nak hidup.... Hidup biar berbakti dan berkat.





Friday, 11 June 2010

World Cup 2010

World Cup fever is almost everywhere in Hull. Boleh dikatakan 40% rumah di taman perumahan kami (Orchard Park) kibarkan bendera England. Macam suasana menyambut hari kemerdekaan di Malaysia. Seronok juga.

National Grid UK dah menjangkakan bahawa penggunaan electricity akan 'triple' kerana World Cup ni. The first match involving England is on Saturday (England vs USA). Bila sebut England lawan USA ni, terbaca pulak headline kat akhbar tabloid di UK ( masa belanja kat Lidl, kalau nal beli, tak de lah.... tak mampu). Dia kata 'Obama spoils Brits Pensions'. Puncanya oil spills kat Gulf of Mexico tu laa... Sampai sekarang masih belum selesai. Sampaikan BP Chairman kena mengadap Obama di White House. USA akan cuba menghalang BP dari bayar dividen kepada shareholders sehinggalah dia (BP) selesaikan kerja2 pembersihan minyak kat Louisiana tu. Terus share BP jatuh 26.++%. Masa tu sibuklah media kat sini mainkan sentimen anti American-anti British. Puncanya kerana Pension Funds kat UK ni labur saham dalam British Petroleum. Bila ditanya pihak Pension Funds dia kata pelaburan PF dalam BP hanya 1.5%. Jadi PF masih boleh lakukan perkara yang sepatutnya jika sesuatu berlaku kepada BP.

Begitulah media, perkara yang sepatutnya diberi tumpuan, buat pejam sebelah mata. Suka berita sensasi. Nampaknya selagi objektif media adalah keuntungan (lebih ramai beli... lebihlah untungnya) selagi itulah benda ni berlaku.

Mungkin petanda akhir zaman, manusia tidak suka kepada kebenaran sebab ia kekadang menyakitkan. Pesan pada diriku , 'Dunia semakin tua..... Perbanyakkan taubat dan buatlah yang terbaik'.

Thursday, 10 June 2010

Ragam Manusia...


Hari ini hujan renyai2 (drizzling) . Rasa malas nak gi kerja seawal 515 pagi. Sejuk.... Astagfirullah. Kena lawan ni. Kalau dah awal pagi dimulakan dengan kata2 negatif (malas...), macam mana pulak minit-minit seterusnya.

Dalam perjalanan balik kerja ternampak insiden yang membuat aku berfikir tentang perilaku manusia. " A lollypop woman stopped the traffic at Ellerburn Avenue to give ways to a group of school boys to cross the road. However, the boys turned around and decided not to cross. The lady just looked cross.( I guessed). You know what, they did cross the road seconds after that, not using the zebra crossing." Ini mengingatkan aku kepada kebanyakan manusia (termasuk diriku). Allah dah sediakan jalan @ cara untuk mengurus hidup, tapi bersusah payah pulak mencuba jalan yang kita tak pasti betul atau salah. Atau mungkin dah tahu salah dan bahaya , tapi masih nak buat. Astaghfirullah..

Doaku untuk diri dan keluarga "Ya Allah, peliharakan kami dalam iman dan Islam"