Kami bertolak dari Hull jam 815 malam , 45 minit selepas aku balik dari kerja. Itu yang tak sempat bawa bekalan (makanan). Malam itu kami bermalam di Haven (caravan @ holiday home site) di Fleetwood. Dengan harga 99 pound untuk 3 hari 3 malam, ia cukup berbaloi.
Memandangkan Azrina tiada dirumah sehingga jam 7 malam, kami mengambil keputusan melawat Lake District. Masya Allah, cantik. Saujana mata memandang, kehijauan bumi tuhan disekeliling tasik. Dah lama mata tak bersantai dengan kehijauan alam, penenang jiwa. Teringat Malaysia.
Berjumpa Azrina selepas itu, membawa sedikit kesayuan dan teringat emak ayah di kampung. Ayah beliau baru sahaja meninggal(2 minggu lepas). Beliau rasa terkilan sebab tak sempat berbakti kepada ayah kerana dah hampir 6 tahun berada di UK. Kali terakhir balik Malaysia ialah pada 2005. Masing2 sahabat yang lain bercerita tentang penyakit yang sedang dihidap oleh ibu masing2. Ya Allah kurniakanlah kesihatan dan keberkatan umur kepada kedua ibu bapa ku. Cantiknya pemikiran seorang muslim apabila sentiasa berfikiran positif bila ditimpa musibah. Sentiasa yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Kesedihan hanya bertahan sementara, hidup perlu diteruskan. There's so much to do before our time comes.
Sebelum balik ke Hull, kami melawat Blackpool. Nampaklah Blackpool Tower (kerangka luar macam Eiffel Tower je). Jalan2 ambil gambar . Nak naik tower tak mampu. 14 pound untuk adult. Mahalllll..... Pengalaman melucukan dan memalukan? Masa guna ' Loo Of The Year 2010't in the UK. Tengok toilet tu 'vacant', masukkanlah 20p dalam slot dan buka. O..o.. ada orang kat dalam. Tp aku yakin itu bukan salah aku. Lepas tu anak2 aku jaga pintu takut ada orang buka pintu bila kami guna. Rupanya kena kunci dari dalam, barulah sign 'engaged' tu menyala. Pengajarannya, sentiasa kunci pintu untuk keselamatan dan keharmonian di mana anda berada.
No comments:
Post a Comment