Santai

Jalan-jalan ke Batu Pahat


Hajat menyerang Kerajaan Melayu Melaka
Berhenti sebentar memahat batu
Perigi terbentuk menghilang dahaga
Terletak di Kampung Minyak Beku

Perbualan dengan Cikgu Yap tentang lokasi latihan pasukan kadet polis telah menggerakkan hati saya untuk mengenali dengan lebih dekat daerah kelahiran saya, Batu Pahat .  Teruja membaca kajian ringkas adik Faris Syhami bin Samidi, saya cuba mengumpulkan beberapa fakta yang sebahagian besarnya saya ambil dari kajian beliau.  Terima kasih adik.

Sesuai dengan nama Batu Pahat, sejarahnya bermula apabila tentera Siam singgah sebentar di sebuah kampung lalu memahat batu sehingga terbentuknya perigi sekitar tahun 1456.  Sewaktu itu mereka dalam perjalanan ke Melaka bagi menyerang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Perigi ini adalah peninggalan sejarah yang masih wujud lagi sehingga hari ini.
Perigi Batu Pahat yang masih wujud hingga sekarang
Kampung Minyak Beku di mana terletaknya Perigi Batu Pahat