Sunday, 13 February 2011

Tambah usia tambah tanggungjawab

Semestinya sudah menjadi aturan alam bahawa elaun usia yang diberi oleh Maha Pencipta perlu disertai dengan 'extra' tanggungjawab. Macam juga pekerja yang buat tuntutan elaun lebih masa.

Alhamdulillah , awal Februari yang lalu, Allah dah beri peluang untuk saya menghirup udara segar di bumi Malaysia ini buat tahun yang ke 43. Nak kata tua, belum lagi . Tapi dah masuk group senior kat tempat kerja. Pada tarikh yang sama juga saya telah diberi tanggungjawab oleh pihak majikan untuk mengetuai jabatan vokasional di sekolah. Dengan bilangan guru seramai 39 orang di bawah tanggungjawab saya, ia agak berat juga. Tapi tak seberat waktu jadi HEM dulu lah kan...

Boleh saya katakan mengurus bahagian akademik ni mencabar apabila jabatan tidak dapat mencapai sasaran GPS sekolah. Pening nak jawab soalan Pengetua. Tapi itulah cabaran sebagai guru. Kalau cabaran sebagai pendidik lagi hebat. Sebab pendidik ni bukan setakat nak pastikan pelajar jadi pandai tapi jadi manusia yang beradab. Itu yang susah sikit sebab proses mengadabkan manusia ni bukan boleh mula waktu umur 16 tahun bahkan waktu dalam kandungan.

Malangnya masyarakat masih terlalu mengambilberat jika anak tak dapat keputusan cemerlang, tapi macam tak kisah bila anak kurang adab dengan guru dan orang yang lebih tua. Di manakah silapnya proses pendidikan di Malaysia? Tak silap kalau saya katakan, dah banyak suara yang menyatakan perkara yang sama , namun persepsi masyarakat terhadap peperiksaan dan pelajar tidak banyak berubah. Siapa agaknya yang mampu membuat anjakan paradigma ini. Ingat gagasan Dr Khodori waktu beliau menerajui Lembaga Peperiksaan Malaysia bahawa LPM bertanggungjawab untuk membawa arus perubahan ini. Harap2 begitulah walaupun tampuk pemerintahan LPM sudah di bawah batu jembala orang lain.