
Kursus kepimpinan transformational hari ini mengajukan persoalan berikut kepada peserta:
"Pelajar yang kerap ponteng sekolah dan melanggar peraturan sekolah adalah disebabkan ketidakcekapan motivator dalam memotivasikan pelajar tersebut"
Saya memilih untuk bersetuju dengan pernyataan ini walaupun tidak 100%. Istilah motivator tidak boleh kita kecilkan skopnya kepada kaunselor atau guru di sekolah sahaja. Namun, motivator yang paling penting ialah ibu bapa. Al Qur'an ada menyebut yang mafhumnya ' Dan sesungguhnya setiap anak itu adalah fitrah, maka ibu bapanya lah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Nasrani atau Majusi'. Gejala pelajar ponteng adalah natijah dari proses pendidikan yang mereka perolehi sejak dari di rahim ibu. Lazimnya ibu bapa yang positif akan melahirkan anak2 yang positif pemikirannya. Walaupun ada beberapa kes terpencil yang menidakkan pernyataan peribadi saya ini. Oleh itu sikap beberapa pihak yang menuding jari kepada pihak motivator di sekolah sahaja untuk mengatasi masalah ini adalah tidak adil.
Semua pihak perlu berganding bahu dalam mengatasi masalah ini. Pertama sekali yang perlu kita tukar adalah persepsi kita terhadap isu ini. POSITIF. Bagaimana kita boleh menukar isu ini dari sudut pandangan yang positif? Bagaimana ye? Macamana kalau kita fikirkan begini.... pelajar ponteng ini sebenarnya membantu ibu bapa dan pentadbiran sekolah 'do mind exercise' untuk menyelesaikan masalah. Bila ini yang kita fikirkan , maka kita akan anggap mereka aset yang boleh dijadikan kajian untuk menilai keberkesanan program pendidikan yang kita rancang khusus untuk mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Boleh dijadikan satu Kajian Tindakan bukan? Ingat!!! objektif akhir setiap sesi pembelajaran formal atau tidak formal adalah perubahan sikap, pemikiran dan tingkah laku.
Cikgu2 sekelian,
selalukan kita dengar .... kalau tak kerana cikgu marah saya dulu, taklah saya jadi macam ni. Guru juga lebih ingat pelajar yang mendatangkan masalah kepada mereka berbanding pelajar lain ... dan... pelajar ini jugalah yang lebih menghargai guru setelah mereka dewasa. Teringat perbualan dengan seorang ustazah yang mengajar di IKM Johor Bahru sewaktu kami menunggu anak balik sekolah. Bertahun-tahun saya mengajar di MRSM, namun ucapan terimakasih mereka tidak dapat menandingi ucapan terimakasih pelajar IKM yang baru diajarnya selama setahun. Berkat kesabaran ustazah ajar saya mengajilah saya jadi 'orang'.
Sama-sama kita fikirkan SETIAP PERMULAAN ITU BERMULA DENGAN PEMIKIRAN ... Najwa Ismail