Telah menjadi ajaran ustaz & ustazah kita serta ibu bapa untuk mendidik anak2 agar sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah selepas solat. Boleh dikatakan kita selalu membaca doa yang sama setiap kali selepas solat. Ini bermakna dalam sehari paling minimum kita memohon perkara yang sama adalah 5 kali. Banyak juga tu. Kalau anak2 minta benda yang sama sampai 5 kali sehari, berdesing juga telinga mak bapak. Akhirnya.... 'Nah ambik ni main jauh2.' kata sesetengah ibu bapa.Walaubagaimanpun, saya secara peribadi selalu terfikir, mengapa Allah belum beri semua yang kita nak.
Kita selalu dengar orang cakap 'kalau nak orang dengar cakap kita, kita perlu juga dengar cakap dia','kalau kita nak dihormati oleh orang lain, kita perlu menghormati orang lain'. Oleh itu, kita selalu mahu berbicara dengan Allah kerana kita memerlukanNya, tapi kenapa pula kita jarang membenarkan Allah berbicara dengan kita melalui kata-kataNya dengan MEMBACA AL QURAN. Walaupun bicara Allah itu bukan setakat kalam di dalam Al Furqan namun Rasulullah bersabda yang maksudnya "Orang yang paling baik adalah orang yang belajar Al Qur'an dan mengajarkannya kepada orang lain'.
Memetik kata-kata Ustaz Khairul semasa program MAQ di sekolah hari ini, antara adab terhadap Al Quran ialah tidak berbual-bual ketika bacaan ayat2 Qur'an. Kalau yang mudah itu pun kita masih belum boleh lakukan.... apatah lagi nak mengajar orang lain.
Ilmu baru bagi saya yang diperoleh dari sesi MAQ hari ini:
Membaca taawuz (A'uzubillah...hingaa akhir) itu lebih afdhal dari membaca Basmallah sebelum kita membaca Al Qur'an. Terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu,