Tuesday, 5 February 2013

Stories from a Selfmade Man

Catatan ini ku simpan di hari akhir Pengetua ke 5 SMV Perdagangan Johor Bahru:


Hari ini adalah hari terakhir Tuan Pengetua , Mr Chia Song Choy di SMT Perdagangan.

Anak kedidi di tapak tangan
Jangan dibiar mati kelaparan
Jasamu tuan jadi ingatan
Jadi kenangan sepanjang zaman

Perkongsian dari Mr Chia untuk renungan bersama:

1. Orang yang paling saya hormati selepas ibubapa saya ialah guru-guru saya.
2. Saya suka belanja orang lain sebab saya akan rasa lebih gembira jika memberi. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.

Kata-kata beliau mengingatkan saya kepada puisi yang selalu dibacakan setiap 16 Mei.
Sesungguhnya jasa guru tidak dapat dinafikan sebagaimana yang dinukilkan oleh sdr Usman Awang lewat puisinya bertajuk Guru Oh Guru... 


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
 Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.   

Mr Chia adalah seorang yang suka memberi.  Ingat lagi ole-ole yang sentiasa kami dapat bila beliau pergi ke seminar atau mesyuarat.  Terharu dan 'bahagia' menerima pemberian orang.  Memang betul kata Dr Muhayya Muhamad, jadilah orang yang bahagia dan mebahagiakan.  Dengan memberi kita akan lebih bahagia.


Di Sekolah... Siapalah Kita

Bulan kedua 2013 begitu cepat menjenguk muka. Dalam diam rupanya usia dah bertambah 1 tahun lagi.  Terharu bila dapat sebuku 'home made cake' dari Kak Nasita.  Seriously yummy..... Thank you kak.

Alhamdulillah dah 8 jam saya mengajar pelajar tahun 1 KV sejak sesi pengajaran n pembelajaran bermula 28 Januari lalu.  Sesungguhnya mengajar mereka memerlukan satu komitmen dan kreativiti yang tinggi.  Isi kandungan pembelajaran yang baru bagi kami para pendidik sudah semestinya menuntut saya melakukan persediaan yang lebih .  Jam pertemuan yang lama juga tidak kurang mencabarnya.

Bagi guru-guru (yang kini digelar pensyarah.... ) untuk memastikan pelajar terus memberi tumpuan bukan sesuatu yang mudah.  Rasa kasihan menyelinap bila melihat pelajar berusaha sedaya upaya untuk 'stay awake in class'.  Anyway I'm very proud with some of my 1BA2 students.  They were trying very hard to focus.  Nostalgia 29 tahun lalu mula mengasak minda.  Ingat lagi waktu bersekolah di SIGS kelas 4SA1.  Bukan senang nak faham apa yang cikgu cakap.  Kena cikgu yang ok tak pelah... kalau tak... ya Allah tuhan sahaja yang tahu.

Sebagai seorang pelajar yang 'mediocre' masa sekolah dulu saya sentiasa mengharapkan diri ini ingat di mana bumi tempat saya berpijak dulu.  Seorang guru tidak boleh mengharapkan pelajar berfikir sebagaimana mereka berfikir.  Kadangkala terdengar beberapa rakan @ mungkin diri sendiri pernah terfikir, apalah susah sangat pelajar  nak faham pengajaran kita.  Tapi ingat tak kita, waktu bersekolah dulu pun bukan semua subjek kita boleh faham dengan baik.  Ingin saya pinjam kata-kata orang sekarang  jangan 'bajet bagus' sebab kita pun bukan bagus sangat waktu sekolah dulu.

Ya Allah aku bermohon kepada mu agar diri yang kerdil ini sentiasa mendapat rahmatMu.  I'm nothing without You, The Almighty Allah. Sesungguhnya kita hidup ini disebabkan oleh kasih sayang Allah.