Tuesday, 5 February 2013

Di Sekolah... Siapalah Kita

Bulan kedua 2013 begitu cepat menjenguk muka. Dalam diam rupanya usia dah bertambah 1 tahun lagi.  Terharu bila dapat sebuku 'home made cake' dari Kak Nasita.  Seriously yummy..... Thank you kak.

Alhamdulillah dah 8 jam saya mengajar pelajar tahun 1 KV sejak sesi pengajaran n pembelajaran bermula 28 Januari lalu.  Sesungguhnya mengajar mereka memerlukan satu komitmen dan kreativiti yang tinggi.  Isi kandungan pembelajaran yang baru bagi kami para pendidik sudah semestinya menuntut saya melakukan persediaan yang lebih .  Jam pertemuan yang lama juga tidak kurang mencabarnya.

Bagi guru-guru (yang kini digelar pensyarah.... ) untuk memastikan pelajar terus memberi tumpuan bukan sesuatu yang mudah.  Rasa kasihan menyelinap bila melihat pelajar berusaha sedaya upaya untuk 'stay awake in class'.  Anyway I'm very proud with some of my 1BA2 students.  They were trying very hard to focus.  Nostalgia 29 tahun lalu mula mengasak minda.  Ingat lagi waktu bersekolah di SIGS kelas 4SA1.  Bukan senang nak faham apa yang cikgu cakap.  Kena cikgu yang ok tak pelah... kalau tak... ya Allah tuhan sahaja yang tahu.

Sebagai seorang pelajar yang 'mediocre' masa sekolah dulu saya sentiasa mengharapkan diri ini ingat di mana bumi tempat saya berpijak dulu.  Seorang guru tidak boleh mengharapkan pelajar berfikir sebagaimana mereka berfikir.  Kadangkala terdengar beberapa rakan @ mungkin diri sendiri pernah terfikir, apalah susah sangat pelajar  nak faham pengajaran kita.  Tapi ingat tak kita, waktu bersekolah dulu pun bukan semua subjek kita boleh faham dengan baik.  Ingin saya pinjam kata-kata orang sekarang  jangan 'bajet bagus' sebab kita pun bukan bagus sangat waktu sekolah dulu.

Ya Allah aku bermohon kepada mu agar diri yang kerdil ini sentiasa mendapat rahmatMu.  I'm nothing without You, The Almighty Allah. Sesungguhnya kita hidup ini disebabkan oleh kasih sayang Allah.


No comments:

Post a Comment