Hari ini adalah hari terakhir Tuan Pengetua , Mr Chia Song Choy di SMT Perdagangan.
Anak kedidi di tapak tangan
Jangan dibiar mati kelaparan
Jasamu tuan jadi ingatan
Jadi kenangan sepanjang zaman
Perkongsian dari Mr Chia untuk renungan bersama:
1. Orang yang paling saya hormati selepas ibubapa saya ialah guru-guru saya.
2. Saya suka belanja orang lain sebab saya akan rasa lebih gembira jika memberi. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.
Kata-kata beliau mengingatkan saya kepada puisi yang selalu dibacakan setiap 16 Mei.
Sesungguhnya jasa guru tidak dapat dinafikan sebagaimana yang dinukilkan oleh sdr Usman Awang lewat puisinya bertajuk Guru Oh Guru...
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Mr Chia adalah seorang yang suka memberi. Ingat lagi ole-ole yang sentiasa kami dapat bila beliau pergi ke seminar atau mesyuarat. Terharu dan 'bahagia' menerima pemberian orang. Memang betul kata Dr Muhayya Muhamad, jadilah orang yang bahagia dan mebahagiakan. Dengan memberi kita akan lebih bahagia.
No comments:
Post a Comment