Tuesday, 18 December 2012

Sibuk Dengan Berita

Mana-mana stesen televisisyen akan menarafkan jam 8 malam adalah waktu puncak.  Anggapan bahawa semua orang akan berada di depan TV untuk mendengar berita telah lama bertapak di benak fikiran kita rakyat Malaysia umumnya dan umat Melayu khasnya , tidak terkecuali diri saya.

Saya dan anak-anak lebih banyak memberi reaksi spontan.  Rasanya ada yang perlu dilakukan lebih dari mengatakan.. Ooo... kesian... asyik-asyik kat China.... tu lah padan muka.  Jarang-jarang di antara kita yang mencari maklumat lanjut tentang berita yang dipaparkan di TV.  Contoh tragedi amukan yang menimpa sebuah sekolah di Newtown , Amerika Syarikat.  Kita menerima sebagai satu berita yang menyayat hati tetapi habis di situ.  Sebenarnya banyak yang boleh kita pelajari dari situasi tersebut.  Begitu juga dengan pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Palestin.

Lantas saya cuba membuat penghijrahan minda sedikit demi sedikit untuk menjadikan berita sebagai pencetus idea untuk menambah ilmu dengan memilih satu isu dan membuat kajian mendalam.  Sekurang-kurangnya hidup saya tidak mendatar sahaja setiap hari.  Having a mundane lifestyle is not challenging.