Introspeksi

Beranikah Anak-anak Kita


Kita selalu mendengar orang tua-tua berpesan.... jangan panjat... nanti jatuh,  baik-baik lalu bawah pokok besar tu.... ada penunggu dan macam-macam lagi.  Kalau dilihat sekilas pandang, memang perkataan ini tidak membawa banyak kesan dalam kehidupan.  Namun jika diteliti , ada banyak implikasi kesan dari kata-kata ini.


Dalam perjalan ke sekolah pada hari ini, saya meminta anak lelaki saya yang berumur 10 tahun untuk menyebut 3 pengajaran dari ceramah yang didengar di corong radio IKIM dari jam 630 hingga 645.  Malangnya tidak sepatahpun perkataan yang mampu dikeluarkannya dengan alasan tak faham apa yang Ustaz Zahazan syarahkan.  Rasa kecewa menyelubungi diri saya.  Walaupun disuruh dengan nada yang lembut dan memujuk, dia masih tidak mampu melakukannya.


Lantas saya terfikir,  gejala ini tidak boleh dibiarkan.  Saya mesti melakukan sesuatu.  Saya rasa bukan anak saya sahaja yang bersikap sebegini, namun ramai lagi di luar sana.  Kalau nak cari salah orang lain memang senang. Cikgu salahlah, kawan2 dia salahlah, kita salahlah.... senarai itu akan berterusan.


Apakah yang perlu kita buat sekarang.  Latihan... Latihan... Latihan.  Step pertama akan saya cuba hari ini.  Tunggu.........


Kehidupan dan Ujian

Setiap sesuatu itu ada pasangannya
Selalu kita dengar kata-kata ini dan diulas  pula oleh Ustaz Pahrol Joui di Radio IKIM semalam dengan satu kupasan yang agak menarik perhatian saya.


Beliau berkata 'bila kita dapat sesuatu, kita akan kehilangan sesuatu'.  Bila kita dapat kejayaan , maka kita akan kehilangan kegagalan.  Itulah realiti kehidupan.  Lantas apa yang perlu kita lakukan?  Sememangnya rezeki utu Allah yang tentukan,  tetapi pada masa yang sama Allah juga memberi kita peluang untuk berusaha sebaik yang mungkin.  Sebagaimana maksud ayatNya "Dan tidak ku ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri."


Mengapa Suka Mengeluh
19.1.2013

Hujan di awal pagi menyebabkan diri ini seakan mengeluh bila memikirkan kena keluar awal pagi untuk mengadakan kelas tambahan dengan pelajar 5 PD 6.  Teguran dari anak bungsuku yang berusia 7 tahun: Hujan tu kan rahmat, menyebabkan aku sedikit tersentak malu.  Terimakasih.  "Cuba adik beritahu kenapa hujan jadi rahmat pada kita?" tanyaku menutup malu.
Dengan mudah dia menjawab "Sebab pokok nak hidup".

Kena selalu ingatkan diri bahawa tiada yang kebetulan dalam dunia ini. Semuanya ditakdirkan oleh yang Maha Berkkuasa.  Cuma kita sahaja yang selalu berkata "kebetulan awak kat sini, saya beritahu je lah".  Mana mungkin sesuatu berlaku tanpa ada dayapenggerak.  Seperti juga daam hukum fizik, pergerakan itu berlaku kerana ada .force'.  maka analogi ini seharusnya kita ambil iktibar untuk mengatakan bahawa sesuatu yang berlaku itu ada kkuasa yang menolaknya iaitu ALLAH.  

Sungguh berkuasa Allah, Jauhkanlah diriku dari segala kesalahan yang bakal menjadi bahan bakar waktu di yaumul mahsyar.