Thursday, 1 November 2012

Blockbuster Movie Makers Come To Johor

Jangan terperanjat kalau selepas ini international blockbuster movies dibuat di Johor, Malaysia.  Maka Johor akan banyak mewarnai lanskap filem antarabangsa.  Sebagai rakyat Johor , sudah semestinya perasaan bangga menyelinap di hati sanubari.  Namun sebenarnya perasaan itu berbaur dengan kebimbangan apatah lagi apabila melihat bajet yang lebih menekankan  insentif kepada aspek lahiriah dan bukan rohaniah.   Di sinilah cabaran sebagai guru dan ibu bapa bermula dan tak mungkin berakhir.

Cabaran sebagai guru bermula apabila kami ingin membekalkan para pelajar dengan segala kemahiran yang diperlukan bagi menjadikan mereka insan / pekerja/ hamba yang produktif dan kreatif dalam soal dunia dan akhirat.   Sebagai institusi yang mempelopori bidang perakaunan, sudah semestinya ia satu peluang yang perlu direbut untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu perakaunan sebaik mungkin.

Sekadar berkongsi kriteria yang diperlukan untuk terlibat dalam bidang produksi kreatif ;teamwork, irregular working hours, good communication skills, patience and  remain calm .  Sememangnya kriteria yang diterapkan tidak lari dari nilai agama kita.  Maknanya nilai-nilai Islam adalah nilai sejagat.  Atau lebih tepat lagi nilai sejagat itulah nilai-nilai Islam.

Walaubagaimanapun, kita perlu melihat perkembangan ini dengan 'cautious'.  Pelbagai prasaran disediakan oleh pihak swasta melalui kemudahan grant etc dari kerajaan  tetapi bersediakah masyarakat setempat mengambil peluang dan meneruskan 'amalan masyarakat timur' yang murni pada masa yang sama.  Dari penerangan yang saya peroleh dari pihak IRDA , mereka hanya bertanggungjawab membangunkan Wilayah Iskandar dari segi fizikal, namun pengisisannya terpulang kepada pihak-pihak yang berkenaan.  Masalahnya siapa ye?  Pengalaman menunjukkan bahawa tanggungjawab itu 'dipulangkan' kepada ibu bapa.  Tetapi kalau dah ibu bapa pun sibuk dengan kerja dunia yang tidak akan habis, maka masalah ini akan berterusan.  Maka berlakulah 'domino effect'.

REFLEKSI DIRI

Saya selalu fikir bahawa masalah remaja berlaku kerana kerajaan atau pihak-pihak tertentu tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing TETAPI saya jarang memikirkan apakah legasi yang akan saya tinggalkan untuk membantu mengurangkan masalah ini di masa akan datang.  InsyaAllah sedikit usaha yang saya lakukan mungkin membantu hari gelap saya nanti.  Ikhlaskan diri cantikkan peribadi.