Saturday, 28 January 2012

Dikir Blues



Dikir barat dari Kelantan
Blues USA turut ditampilkan
Bila diadun sama sepadan
Ketepi perbezaan fokus persamaan

Sememangnya Allah jadikan manusia dengan ciri dan sikap tersendiri. Indahnya ciptaan Tuhan sehingga kembar seiras pun tetap mempunyai perbezaan. Apatah lagi insan berkulit sawomatang dari Kelantan dengan 'African American'. Fizikalnya sahaja sudah berbeza apatah lagi cara berfikir dan budaya hidupnya. Namun teringat tulisan dalam buku ESQ bahawa fitrah (god spot) manusia tetap sama. Inginkan kebaikan dan ketenangan.

Pendikir mengilhamkan dikir bagi mengingatkan diri tentang kekuasaan tuhan dan kerinduannya kepada ayah yang telah pergi. Tidak disangka rupanya penggiat blues juga memiliki aliran pemikiran yang sama. Malah ada dikalangan pengkaji seni di USA telah menunjukkan persamaan alunan blues dengan zikir bagi masyarakat Muslim di Africa.

Sudah seharusnya masyarakat Islam di Malaysia melihat ini sebagai satu cabaran untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah ummah  tanpa mengira pahaman politik.  Kalau krew TV3 boleh bersusah payah pergi ke USA semata-mata untuk mengetengahkan persamaan dikir dengan blues kenapa tidak disoroti persamaan yang wujud di antara parti kerajaan dan pembangkang Islam supaya kita fokuskan persamaan yang ada disamping menghormati perbezaan sesama mereka.




Thursday, 26 January 2012

Humble OR Grumble..... It's Our Choice

Allah.... jam pulak kat depan. Lambatlah Zubair sampai sekolah hari ni... keluh saya sebaik nampak deretan lampu brek menyala di hadapan. Walaupun hari ini kebanyak sekolah cuti, masih sesak lagi jalan Skudai ni... bisik hati saya. Zubair hanya senyap... reaksi biasanya bila jalan sesak.

Kereta masih bergerak walaupun agak perlahan. Rupa-rupanya ada accident antara kereta dan penunggang motosikal di depan Petronas , Jalan Skudai Pontian. Kelihatan penunggang motosikal mengerang kesakitan di jalanraya. Alhamdulillah dah ada orang membantu dan ambulan pun dah sampai. Melihat kelibat penunggang motosikal yang terbaring di jalanraya mengingatkan adik di kampung yang turut menunggang motosikal ke tempat kerja. Mudah-mudahan dia selamat.

Mulalah saya bersyarah panjang pada anak di sebelah ..... orang kat Malaysia tak sabar kat jalanraya lah...bla...bla...bla... Kesian Zubair terpaksa mendengar mamanya bagi 'talk' pagi-pagi buta.

Teringat pula topik yang dibincangkan di radio IKIM semalam tentang cadangan untuk mengenakan hukuman mandatori kepada pemandu yang menyebabkan kemalangan maut. Antara yang menarik adalah perbandingan sikap pengguna kenderaan bermotor di Malaysia dengan pengguna di Vietnam, kata seorang pendengar. Di Vietnam penunggang kenderaan besar 'takut' dengan kenderaan kecil dan akan memberi 'laluan' untuk mereka jalan dulu. Cuba bayangkan kita buat macam tu di Malaysia, apa jadi agaknya? Bezanya di Vietnam lebih banyak penunggang motor dari kereta. Mungkin itulah puncanya...

Di Singapura, lain pulak ceritanya. Kenderaan canggih, jalanraya elok, CCTV banyak dan penguatkasaan bagus.... mesti bajet besar untuk semua itu. Hasilnya keadaan trafik lebih terkawal dan penggunanya pun terpaksa 'control' macho. Road safety behaviour...

Tak tahulah di mana silapnya dengan kita, rakyat Malaysia. Itu yang cakap dengan anak, memandu nak pergi kerja atau ke sekolah atau mana-mana tempat baik ni macam nak pergi berjihad. Sebab itu kena doa, banyakkan zikir dalam kereta... Tak tahulah apa perasaan orang lain, tapi itulah perasaan saya setiap kali memandu kereta. Positifnya kita selalu ingat Allah.

Nak merungut lebih-lebih pun kita tak mampu nak ubah pemandu yang lain. Yang mampu kita ubah adalah diri kita,, itu pun dengan izin Allah. Mudah-mudahan pemanduan berhemah yang kita lakukan dapat mengurangkan rungutan orang lain. Dapat pahala kalau kita tak buat orang marah. Tak dapat 1% , dapat 0.5% sumbangan kepada kempen keselamatan jalanraya pun ok.

Monday, 23 January 2012

Mercun Dan Air Mata



Dum...Dum...Dum... Prappp...Prapppp..... dan berterusan... dan berterusan selama hampir 5 minit. Kedengaran bunyi tepukan selepas itu. Meriah... Begitulah suasana di taman perumahan saya setiap kali perayaan Tahun Baru Cina. Alhamdulillah anak-anak yang sedang tidur tak bangun. Nyenyak betul Saadah dan Zubair.

Dentuman mercun dan percikan bunga api yang menerangi malam 1 Rabiulawwal ini mengingatkan saya akan suasana peperangan yang digambarkan di tv.... Dahsyat... Bayangkan sahabat-sahabat kita di Palestine yang mungkin terpaksa berhadapan dengan situasi ini setiap hari. Anak-anak yang sedang bermain bola di padang pasir yang tandus lari bertempiaran menyelamatkan diri.... Sayu..

Saya merasa amat kerdil kerana semangat juang tidak sehebat mereka. Simpati apabila melihatkan nasib mereka... tapi setakat itu sahaja. Tiada iringan RM untuk mereka.... yang ada hanya doa moga Allah akan menjadikan Islam gemilang di bumi Palestine. FREEDOM FOR PALESTINE.

Thought Of The Day

There's nothing free in this world. Even if we don't have to pay back materially, we still have to say thank you.... Good behaviour as Barney said in the video title Marvellous Manners. So.... if we think that we don't have to be thankful to Allah for each 'ni'mah' he gives, we're totally wrong. THANK YOU ALLAH......




Tuesday, 3 January 2012

Perlukah diperbaharui azam kita?

Alhamdulillah berkat kasih sayang Allah kita mampu menempuh beberapa hari permulaan 2012. Sudah semestinya setiap pertambahan tahun merupakan bonus dari Allah. Malang sekali bagi saya terutamanya jarang mengucapkan syukur atas bonus yang Allah berikan , namun sibuk bekata 'Alhamdulillah, dapat bonus setengah bulan gaji akhir tahun ini. Dapat belanja lebih sikit.'

Sudah menjadi kebiasaan ramai orang untuk menyematkan azam baru di tahun baru. Atau mungkin azam lama yang diberi nafas baru. Namun saya yakin bahawa setiap azam yang disemat dalam sanubari masing-masing mempunyai satu persamaan :KITA MAHU JADI LEBIH BAIK/PANDAI/KAYA DLL... DARI TAHUN LEPAS.

Bagi sesetengah insan, azam itu tidak semestimya hanya dibuat pada setiap tahun baru, bahkan setiap hari. Teringat pesan Dr Muhaya Muhammad yang sentiasa mengingatkan pendengar Radio IKIM agar sentiasa menanam azam 'APAKAH YANG BOLEH SAYA BERI' pada hari ini. Azam untuk sentiasa memberi itu akan menjadikan kita insan yang BAHAGIA, InsyaAllah.

BAHAGIAnya kita adalah kerana rahmat Allah, dan rahmat ALlah itu datang kerana kita juga selesa mengamalkan sifat tuhan iaitu PEMURAH. Saya selalu berkongsi dengan rakan2 dan anak2, fokus kepada apa yang kita boleh kawal, insyaAllah kita akan menjadi insan yang bahagia dan sentiasa positif.

Memberi itu adalah dibawah kawalan kita. Menerima ? Tidak kerana kita perlukan orang lain untuk memberi, barulah kita mampu menerima. Boleh kita kawal orang lain untuk memberi sesuatu kepada kita? Sudah tentu tidak.

Oleh itu pesan saya kepada diri... jangan sibukkan diri dengan memikirkan apa yang kita boleh terima dari orang lain, tetapi sibukkanlah diri dengan memikirkan apa yang kita boleh beri kepada orang lain kerana orang yang sibuk memikirkan perkara baik tidak punya masa untuk memikirkan perkara yang tidak baik.

Kita bukanlah orang yang baik tetapi kita sentiasa berusaha untuk jadi baik, insya Allah.