Saturday, 28 January 2012

Dikir Blues



Dikir barat dari Kelantan
Blues USA turut ditampilkan
Bila diadun sama sepadan
Ketepi perbezaan fokus persamaan

Sememangnya Allah jadikan manusia dengan ciri dan sikap tersendiri. Indahnya ciptaan Tuhan sehingga kembar seiras pun tetap mempunyai perbezaan. Apatah lagi insan berkulit sawomatang dari Kelantan dengan 'African American'. Fizikalnya sahaja sudah berbeza apatah lagi cara berfikir dan budaya hidupnya. Namun teringat tulisan dalam buku ESQ bahawa fitrah (god spot) manusia tetap sama. Inginkan kebaikan dan ketenangan.

Pendikir mengilhamkan dikir bagi mengingatkan diri tentang kekuasaan tuhan dan kerinduannya kepada ayah yang telah pergi. Tidak disangka rupanya penggiat blues juga memiliki aliran pemikiran yang sama. Malah ada dikalangan pengkaji seni di USA telah menunjukkan persamaan alunan blues dengan zikir bagi masyarakat Muslim di Africa.

Sudah seharusnya masyarakat Islam di Malaysia melihat ini sebagai satu cabaran untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah ummah  tanpa mengira pahaman politik.  Kalau krew TV3 boleh bersusah payah pergi ke USA semata-mata untuk mengetengahkan persamaan dikir dengan blues kenapa tidak disoroti persamaan yang wujud di antara parti kerajaan dan pembangkang Islam supaya kita fokuskan persamaan yang ada disamping menghormati perbezaan sesama mereka.




No comments:

Post a Comment