Mungkin ada hikmahnya Allah melanjutkan usia ibu bapa sehingga memerlukan bantuan anak untuk mengurus diri. Di sinilah kita dapat melihat anak manakah yang berlumba-lumba mengaut pahala dengan menjaga orang tua. Namun dalam suasana sekarang di mana suami dan isteri bekerja, sukar untuk anak-anak memberi tumpuan kepada orang tua mereka. Ya Allah aku tak nak anak-anakku berdosa kerana gagal berbakti kepada kedua ibubapanya.
Wednesday, 6 June 2012
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah saya masih punya kesempatan untuk menulis setelah berehat lebih 5 bulan. 5 bulan merupakan masa yang panjang sehinggakan interface blogspot pun dah tukar.
Semalam saya baru sahaja balik dari kampung, menziarah parents dan keluarga di kampung. Seronok jumpa keluarga terutama nenek yang dah berusia 91 tahun. Banyak yang saya belajar bila merenung mata nenek. Dalam usia sebegini, tak banyak yang beliau boleh lakukan. Bergerak terpaksa menginsut, bercakap pun tak jelas dan kerap lupa. Semua keperluan diurus oleh anak-anak. Melihat nenek menimbulkan seribu keinsafan dalam diri. Dalam diam saya berdoa moga Allah memberi saya peluang untuk tidak menyusahkan anak-anak. Jauhkanlah aku dari nyanyuk di penghujung usiaku. Basahkanlah lidahku dengan sentiasa menyebut namamu ya Allah. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mensyukuri nikmat mu dan memperelokkan ibadahku.
Mungkin ada hikmahnya Allah melanjutkan usia ibu bapa sehingga memerlukan bantuan anak untuk mengurus diri. Di sinilah kita dapat melihat anak manakah yang berlumba-lumba mengaut pahala dengan menjaga orang tua. Namun dalam suasana sekarang di mana suami dan isteri bekerja, sukar untuk anak-anak memberi tumpuan kepada orang tua mereka. Ya Allah aku tak nak anak-anakku berdosa kerana gagal berbakti kepada kedua ibubapanya.
Mungkin ada hikmahnya Allah melanjutkan usia ibu bapa sehingga memerlukan bantuan anak untuk mengurus diri. Di sinilah kita dapat melihat anak manakah yang berlumba-lumba mengaut pahala dengan menjaga orang tua. Namun dalam suasana sekarang di mana suami dan isteri bekerja, sukar untuk anak-anak memberi tumpuan kepada orang tua mereka. Ya Allah aku tak nak anak-anakku berdosa kerana gagal berbakti kepada kedua ibubapanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment