Saturday, 16 June 2012

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum buat suami tersayang dan sahabat2 para bapa, Terimakasih di atas segala jasa dan kesabaran kalian melayan karenah isteri dan anak-anak. Itu baru satu isteri, dah tak terlayan, apalagi mereka yang pasang lebih dari satu. Belum lagi anak-anak yang berdedai kat belakang.Pening.... agaknya. Apapun memang ALLAH itu Maha Adil. Lelaki ni selalu berada dalam gelombang alpha.... tenaaang je. Berceriau anak pun tak kisah. MasyaAllah sabar betul.

 Bersempena Hari Bapa ni wajar untuk para isteri dan anak-anak 'menunjuk-nunjuk' rasa terima kasih dan sayang mereka kepada suami dan bapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Namun mungkin ada isteri yang berfikir ' buat apa nak susah-susah raikan hari bapa, masa hari ibu hari tu... tak de siapa pun kisah.' Hu2.. sedihnya. Tapi berbalik kita kepada salah satu objektif hidup kita. Kita perlu berlumba-lumba mencari pahala untuk mendapat rahmat Allah. Mudah-mudahan dengan rahmat Allah itu kita dapat masuk syurga. Kita tak dapat cari pahala sekiranya menerima tetapi banyak pahala yang kita boleh kaut jika kita memberi dengan ikhlas dan seterusnya menggembirakan orang tersayang. Tak nak ke? Teringat motivasi Ustaz Pahrol dalam bukunya Mukmin Profesional : Memberi itu membahagiakan.

 Selalu saya ingatkan anak-anak tentang antara sikap kebanyakan kaum Adam di Malaysia : tidak suka menunjukkan kasih sayang secara zahir. Tanda mereka sayang adalah dengan mencari rezeki untuk keluarga. Nak minta beli hadiah... kadang-kadang, jarang-jarang. So, jangan kecil hati sebab kita banyak tanggungjawab untuk dilaksanakan. Jangan dilayan kata-kata sinis syaitan kurus tu.. Jadilah orang yang sentiasa sibuk mencari kesalahan sendiri InsyaAllah kita tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain. SELAMAT HARI BAPA

 p/s Ahad ke-3 setiap bulan Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Bapa di Malaysia.

No comments:

Post a Comment