Thursday, 21 June 2012
Matlamat Sama... Cuma Cara Berbeza
Hari ini saya mengajar tajuk Pembetulan Kesilapan. Satu tajuk dalam Perakaunan yang agak sukar difahami pelajar. Ditakdirkan hari ini saya perlu memulakan pengajaran apabila 'partner' ada masalah yang perlu diselesaikan. Bila 'turn' saya habis saya pun 'pass the baton' kepada partner. Alhamdulillan sahabat tu boleh mengajar dengan baik walaupun guru baru. Cuma lenggok bahasa dan pendekatan agak berbeza dengan saya..... Dah berteriak pelajar kata tak faham.... Tak ke gelihati. Baru tukar cara pengajaran sekejap dah tak boleh nak tangkap....
Dari kejadian itu saya dapati bahawa kebanyak pelajar kita sukar mahu menerima perubahan. Itu yang susah nak berjaya. Mereka gemar berada di dalam zon selesa.....
Boleh dibayangkan apa akan jadi dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan sumber manusia yang berpendapatan tinggi kalau mereka tidak mahu memerah otak untuk cuba memahami sesuatu yang sukar. Satu cabaran yang perlu digalas bersama.
Cara saya memang sedikit berbeza tetapi matlamat kami sama. Apakah yang perlu saya amalkan bagi memastikan saya tidak merasa diri bajet baguss... Tercari-cari juga istilahnya. Cuma apa yang saya nyatakan dengan sahabat tadi bahawa kita perlu confident dengan kaedah yang kita sampaikan. Mungkin ia tidak sesuai dengan kumpulan A tetapi ia lebih sesuai dengan kumpulan B. Jangan risau. Setiap orang mempunyai kecenderungan dan kelebihan berbeza.
Begitu juga dengan senario timbulnya pelbagai jenis persatuan yang memperjuangkan hak kumpulan tertentu. Kalau kita lihat di Malaysia sahaja berapa ramai persatuan/ parti politik yang memperjuangkan nasib sesuatu kumpulan. Mengapa perlu kita kata bahawa kita lebih baik dari kumpulan yang lain sedangkan kita tahu bahawa tidak ada jalan yang sempurna di dunia ini kecuali yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Begitu juga dengan kumpulan 'academician' @ agamawan... mengapa perlu kita menidakkan pendapat orang lain jika belum pasti kesahihannya. Saya sebagai orang awam yang masih jahil merasa rimas dan lemas dengan suasana ini. Banyak lagi tanggungjawab mencelikkan umat yang belum kita laksanakan.
Berlapang dadalah dalam mengurus perbezaan pendapat. Sesuatu yang pahit itu tidak semestinya terus dibuang kerana kadangkala ia menjadi ubat dan sesuatu yang manis itu juga jangan terus ditelan kerana kadangkala ia mendatangkan musibah. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment