Wednesday, 29 December 2010

Bertindak seperti ular


Nasib baik ular pandai jawab. Kalau tidak tak penat adik-adik comel kita ni menyanyi. Tak habis-habis sampai pagi...Keupayaan dan keberanian ular untuk membuat keputusan telah memecah kebuntuan. Walaupun keputusan itu mengakibatkan kemusnahan makhluk lain iaitu katak.

Sebagai manusia yang Allah kurniakan akal, seharusnya kita lebih baik dari ular. Keputusan yang kita buat sudah seharusnya memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Nampak macam berat, tapi itulah hakikat kehidupan.

Hari ini saya telah membuat keputusan untuk menukar tayar kereta yang telah kami beli di UK. Maklumlah kereta lama, banyak yang perlu ditukar ganti. Walau apa pun, syukur alhamdulillah, itulah buah tangan titik peluh bekerja di UK dulu, walaupun setakat jadi 'orang bawahan'. Manfaat kepada diri dan keluarga? Lebih yakin dan insyaAllah selamat. Ini dapat mengurangkan risiko kemalangan bukan sahaja kepada saya yang memandu kereta tersebut tetapi kepada pengguna jalanraya yang lain. Cuba bayangkan, kalau tayar tu tiba2 meletup dan tersasar lalu melanggar bahu jalan ke, kereta orang lain ke, pejalan kaki ke. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka juga yang susah. Pendek kata keputusan yang kita buat walau dalam aspek yang cukup 'minute' sekalipun memberi implikasi kepada diri dan orang disekeliling kita. Oleh itu, 'fikir sebelum buang'.

Oleh itu perlu ada 'soft skills'.... how to make a decision.

Friday, 24 December 2010

Kalau Hati Dah Suka

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... (setakat ni penggunaanya belum saya tetapkan untuk di 'ban'). Mulai hari ini gantinama diri saya akan digunakan bagi menggantikan 'aku' sebelum ni. Secara peribadi saya rasa ini menghalang sedikit kelancaran idea untuk menulis. Namun demi kebaikan anak2 yang membaca blog ni, ia perlu diubah. Maklumlah anak2 nak periksa tahun ni.

Kalau hati sudah suka
Semua indah saja


Itulah antara lirik lagu yang dinyanyikan oleh Hail Amir dan Uji Rashid di tahun 80an dulu. OOOps.... mungkin ada antara anda terfikir apa kena dengan saya hari ni? Ada apa2 ke???? Itulah kebanyakan kita (adakah bangsa kita sahaja? Kena buat kajian dulu baru boleh confirm) , akan terfikir 'somebody special' bila terdengar lirik lagu ni. Hish3.... Tak semestinya..


Bila orang tanya.... awak suka siapa? Tersipu2 malu nak jawab. Sampaikan anak saya Zubair yang berumur 9 tahun tu pun sengih2 nak jawab pertanyaan tu. Kenapa kita tak jawab saya suka kakak ke, adik ke, nenek ke? Kalau dalam Kamus Dewan suka membawa erti menaruh kasih atau sayang kepada seseorang (maksud ke 7). Agaknya dah menjadi budaya orang Timur, kalau suka dan sayang kepada ahli keluarga , tak payah nak tunjuk2. Itu nilai universal... semua orang suka @ sayang ahli keluarga. Tak betul tu... Tak percaya ? Cuba kita beritahu anak kita yang kita sayang dia depan rakan2 dia.... 'blushing' / merah padam muka dia. Maknanya ada perasaan lah tu. Malu dan bangga.

Perasaan suka itu datangnya dari hati. Lalu minda diberitahu ...ooo... kita suka sesuatu. Maka minda akan menggerakkan anggota badan untuk bertindak. Itu yang lautan api sanggup direnangi. Saya nak berkongsi cerita pendek tentang anak lelaki tunggal saya Zubair. Hari ni dia mengadu gatal-gatal tangan. Sapu dengan Eurax (ubat gatal yang dibawa khas dari UK tu..) pun tak kurang. Masalahnya gatal tu datang waktu dia kena baca buku. Bila tengok TV tak pula gatal tu datang. Apa maksudnya tu???? Fokus.... Disebabkan dia suka tengok TV, minda beritahu badan supaya tengoklah cerita tu sampai habis..Syaitan pun tumpang sekaki..

Monday, 20 December 2010

PERCUMA....

Dah lama benar tak pergi ke pasar malam. Jadi, aku luangkan masa membeli belah di pasar malam di taman perumahan yang berdekatan. Masuk je ke perkarangan pasar malam, seorang wanita menghampiriku untuk memberi sampel percuma kicap HABHAL. 2 botol pulak tu. 'Selamat......' kataku kepada makcik di sebelah yang turut menerima sampel yang sama. Dalam hati terfikir juga... kenapa pulak HABHAL beri sampel percuma sedangkan kicap keluarannya dah dikenali ramai, bukan sahaja di Malaysia bahkan di UK. Ingat lagi waktu kami di UK, kicap ni merupakan antara produk makanan yang susah dicari. Bila ada je kat kedai, kami beli banyak. Nasib baik tak termasuk barang kawalan. Kalau tidak, mau juga kami di dakwa.

Baru dapat 2 botol kicap, pandai pula ucap terima kasih. Tapi selalu juga aku lupa nak ucap terima kasih pada Pencipta yang memberiku mulut untuk ucap terima kasih kat orang lain. AstaghfirulLah. Allah tak pernah minta kita bayar satu sen pun atas segala nikmat yang diberi pada kita. Allah hanya berkata dalam AlQur'an 'Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu'. Itu pun kadang2 kita rasa malas. Kalau manusia tidak menyembah Allahpun , Allah tak rugi apa2. Tapi manusia yang tak mengagungkan Allahlah yang rugi. Sebenarnya kita yang lebih memerlukan Yang Maha Pencipta sebab kita tak punya kuasa satu pun. Kuasa yang ada itu pun semuanya atas kehendak Allah.

Sepanjang 2 bulan genap aku menguruskan keluarga dan kerjaya tanpa suami di sisi, banyak memberiku keinsafan, bahawa aku amat bergantung kepada bantuanNya. Ramai kawan yang membantu. Itu juga ilham dari Allah. Setiap masalah yang berlaku, Allah aturkan jalan penyelesaiannya. Perkara ni selalu aku highlightkan kepada anak2. Itu semua berkat kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Sebab itu jangan tinggal Solat Dhuha. Mohon Allah luaskan pintu rezeki sebab penyelesaian kepada masalah itu juga rezeki. Rezeki itu juga Allah beri percuma. Tak perlu bayar consultation fees untuknya. Alhamdulillah....

Thoughts Of The Day

Manusia lebih menghargai sesuatu yang diperolehi dengan bayaran berbanding yang diperoleh secara percuma. Tak percaya ? Kalau tuisyen tu kena bayar, mak ayah akan kata... Pergi tuition tu, mahal mak bayar... sayang kalau tak pergi. Tapi kalau kelas tambahan waktu petang di sekolah....terpulang... kalau rasa masih tak faham pergilah. Cuma mak balik lambat hari ni, tak dapat nak ambik. Naik bas aje lah.