Monday, 20 December 2010

PERCUMA....

Dah lama benar tak pergi ke pasar malam. Jadi, aku luangkan masa membeli belah di pasar malam di taman perumahan yang berdekatan. Masuk je ke perkarangan pasar malam, seorang wanita menghampiriku untuk memberi sampel percuma kicap HABHAL. 2 botol pulak tu. 'Selamat......' kataku kepada makcik di sebelah yang turut menerima sampel yang sama. Dalam hati terfikir juga... kenapa pulak HABHAL beri sampel percuma sedangkan kicap keluarannya dah dikenali ramai, bukan sahaja di Malaysia bahkan di UK. Ingat lagi waktu kami di UK, kicap ni merupakan antara produk makanan yang susah dicari. Bila ada je kat kedai, kami beli banyak. Nasib baik tak termasuk barang kawalan. Kalau tidak, mau juga kami di dakwa.

Baru dapat 2 botol kicap, pandai pula ucap terima kasih. Tapi selalu juga aku lupa nak ucap terima kasih pada Pencipta yang memberiku mulut untuk ucap terima kasih kat orang lain. AstaghfirulLah. Allah tak pernah minta kita bayar satu sen pun atas segala nikmat yang diberi pada kita. Allah hanya berkata dalam AlQur'an 'Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu'. Itu pun kadang2 kita rasa malas. Kalau manusia tidak menyembah Allahpun , Allah tak rugi apa2. Tapi manusia yang tak mengagungkan Allahlah yang rugi. Sebenarnya kita yang lebih memerlukan Yang Maha Pencipta sebab kita tak punya kuasa satu pun. Kuasa yang ada itu pun semuanya atas kehendak Allah.

Sepanjang 2 bulan genap aku menguruskan keluarga dan kerjaya tanpa suami di sisi, banyak memberiku keinsafan, bahawa aku amat bergantung kepada bantuanNya. Ramai kawan yang membantu. Itu juga ilham dari Allah. Setiap masalah yang berlaku, Allah aturkan jalan penyelesaiannya. Perkara ni selalu aku highlightkan kepada anak2. Itu semua berkat kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Sebab itu jangan tinggal Solat Dhuha. Mohon Allah luaskan pintu rezeki sebab penyelesaian kepada masalah itu juga rezeki. Rezeki itu juga Allah beri percuma. Tak perlu bayar consultation fees untuknya. Alhamdulillah....

Thoughts Of The Day

Manusia lebih menghargai sesuatu yang diperolehi dengan bayaran berbanding yang diperoleh secara percuma. Tak percaya ? Kalau tuisyen tu kena bayar, mak ayah akan kata... Pergi tuition tu, mahal mak bayar... sayang kalau tak pergi. Tapi kalau kelas tambahan waktu petang di sekolah....terpulang... kalau rasa masih tak faham pergilah. Cuma mak balik lambat hari ni, tak dapat nak ambik. Naik bas aje lah.

No comments:

Post a Comment