Teringat pepatah ni waktu kacau dodol. Cubaan pertama raya tahun ni buat dodol. Lenguh tangan dibuatnya. Maklumlah kacau atas dapur. Tercari2 jawapan kenapa santan boleh binasa.. sedangkan itulah ramuan utama nak buat dodol... Sesiapa boleh beri jawapan?.. Pandai betul orang lama2 mencipta pepatah. Kami 'orang baru2' ni tak terfikir walaupun dah belajar kat universiti. Tabik dan hormat nenek moyang.....
Kata nabi : lidah (kata-kata) itu lebih tajam dari mata pedang. Itu yang kadang2 jadi serba salah bila ada orang bertanya tentang sesuatu. Takut kalau cara kita jawab menyakitkan hati orang atau orang rasa kita nak kenakan orang lain atau macam2 lagi lah. Kekadang kita tak perasan perktaan kita tu dianggap sebagai memburukkan orang lain. Kita rasa kita cakap yang betul . Yang betul tu pun boleh jadi fitnah yang memakan diri kita..... Tu yang ' merana jiwa'.... Astaghfirullah.
This morning I chatted with my hubby( in his new house) about topics that were always discussed by most of the old ladies (whom we know) . We noticed that they do not talk much about other people (gossiping). I envy Sue, Jacky and Anne ( cleaners in Wilberforce building) who like to talk about general interest such as cancer, malaria, weather and tv programme most of the time. I prefered listening than involving myself in the discussion. However I realised some of them do not believe in god. They would rather say 'touch wood' than ' may god help her or him'. If the oldies do not believe in god, let alone the youngsters. That's why their pope said that England is facing extreme secularism.
Thought Of The Day
Pepatah Melayu ada menyebut ' Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2'. Kenapa ye perlu nak pandang dan dengar sebelum cakap? Bukan kerana kita nak mengumpat si fulan tapi kita tak nak perkataan kita tu menyakitkan hati orang. Ya Allah peliharakan lidahku dari perkataan yang keji. Bila dah diceritakan kepada orang lain dengan versi yang berbeza, jadilah sarikatanya pun berbeza. Cerita tu yang laris di pasaran. Maklumlah dah melalui pelbagai editor. Pergaulan mengajar erti realiti kehidupan. May Allah bless us.
Sunday, 19 September 2010
Lebih Usaha Lebih Pahala....
Pesanan ku selalu kepada anak2 dan anak2 murid , Allah beri pahala bukan hanya kepada kejayaan kita tapi usaha yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan tersebut. Kalau kita ikhlas, setiap langkah usaha kita diberi ganjaran. Jadi tak perlu gundah gulana jika kita perlu buat kerja banyak untuk dapat 'good result' dalam exam berbanding dengan rakan yang memang Allah dah beri rezeki belajar sikit , dapat banyak. Itulah antara kata2 semangat jika anak2 kita ni agak 'lambat' sikit. Insya Allah setiap manusia punya bahagian masing2.
Bila cerita tentang lebih pahala untuk suri@sura rumah ni, teringat pulak tentang keluhan anakanda Rasulullah Saidatina Fatimah tentang kesusahan beliau yang terpaksa mengisar gandum sendiri untuk makanan keluarga lalu meminta agar ayahandanya menyampaikan aduan tersebut kepada Saidina Ali untuk menyediakan orang gaji. Topik ni yang aku utarakan waktu berbual dengan Marina tentang penyediaan kuah laksa johor (dah lama tak buat sendiri) dan inti kuih tartnya waktu jamuan raya. Marina tumbuk isi ikan mackerel (untuk kuah laksa) dan parut pulak nenas untuk buat jem nenas. MasyaAllah. Mudah2an alu, lesung dan alat memarut bertasbih untuk beliau. Aamin. Setakat hari ni, aku tak sanggup buat macam tu. Apa lagi masukkan isi ikan dalam blender, tekan je lah button tu. Itu yang pahala pun sikit, sebab nak blend tu tak sampai 5 minit, dah hancur. Buat dodol malam tu pun separuh jalan kacau dalam kuali, tak larat, guna microwave. Jadi tapi tak secantik kacau dalam kuali.
Thought Of The Day
Ikhlaskan diri dalam setiap perbuatan kita. Tak kira kita buat dengan apa cara sekalipun asalkan dibenarkan syariah. Kalau kita usaha banyak tapi buat untuk manusia, maka manusia lah yang akan beri ganjaran. Allah tak pandang. Nabi dah pesan kita akan dapat apa yang kita niatkan. So, sementara masih diberi peluang bernafas elok kita rebut peluang. Bersikap 'opportunis' untuk kebaikan diri dan manusia lain tanpa mendatangkan mudarat kepada kumpulan manusia yang lain pula, tidak mengapa.
Friday, 3 September 2010
Kenduri Arwah...
Ramadhan ini , 2 orang rakan telah kehilangan ibu dan ayah masing2 buat selama2nya. Bila ada kematian, masyarakat Melayu Islam Malaysia, biasanya akan mengadakan kenduri arwah. Sepanjang pengetahuanku, itu adalah adat aje. Sedangkan majlis tahlil dan Yaasin aja dah mengundang banyak hujah di kalangan ulamak, apa lagi kalau diiringi dengan makan minum , dah macam jamuan hari raya pulak. Bid'ah...
Kami di Hull , ada juga mengadakan majlis Yaasin dan berbuka puasa bila ada sahabat yang kematian ahli keluarga. Tujuan untuk mengingatkan yang hidup, bahawa setiap orang akan menemui kematian. Tapi tak tau lah adakah semua yang hadir faham konsep ini. Kita tak nak perkara yang kita buat diingatkan 'ibadah' rupanya 'bid'ah' . Ada pulak rakan yang tanya hari kedua dan ketiga buat kenduri lagi tak? Agak terperanjat juga bila pertanyaan itu datang dari orang cerdik pandai. Ye lah kalau kat Hull ni, paling teruk pun ada 'degree'. Aku jawab , kalau nak baca Yaasin dan tahlil tak kira hari ke berapa. Buat hari2 lagi elok. Elok lagi kalau dibuat di kalangan keluarga je. Sebab kalau dah ramai2 , makan je yang lebih. Lupa dah macam mana keadaan orang yang dalam kubur. Aku memang tak setuju dengan kenduri arwah , especially ikut hari tertentu. Itulah adat orang Melayu Islam yang tak Islamik. Dah jenuh ustaz2 sebut perkara ni bid'ah, tapi masih nak buat jugak. Yang baik , pergi masjidke, dengar ceramah ke, susah pulak nak pergi. Astaghfirullah..
Apa pun , jemputan ke Majlis berbuka di rumah Za dan Ahmad (yang baru kematian ibu) petang ini, aku percaya diadakan bukan kerana sempena hari ke 10 kematian. Yang pergi kita sentiasa doakan agar ditempatkan bersama golongan yang beriman, manakala yang masih bernafas ni, rebutlah peluang untuk dapatkan barakah Allah sempena bulan Ramadhan. Apatah lagi malam2 terakhir, yang kadang2 kita buat2 lupa. Sibuk buat kuih ....

Subscribe to:
Posts (Atom)