Saturday, 16 July 2011

Being A Boss??????

Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
Ertinya: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

Berita bahawa sekolah saya akan dinaiktaraf kolej memang kami jangkakan tapi bukan dalam masa terdekat. Jadi, apabila kami diminta bersedia untuk menjadi perintis dalam pelaksanaan kolej ini, saya selaku ketua jabatan 'terkedu' sebentar. Pengalaman yang baru 5 bulan menjadi ketua menjadikan saya merasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sudah dapat dibayangkan 'rungutan' di kalangan rakan-rakan tentang perubahan yang bakal dilakukan. Boleh dikatakan rombakan besar-besaran. Macam rombakan kabinet negeri Sarawak gitu....

Walaubagaimanapun, sebagai pelaksana dasar, segalanya kami akan lalui , dengan segala cabaran dan halangan yang tidak dapat dijangkakan tetapi kami pasti ianya akan datang. Teringat pesanan Dr Muhayah Muhammad, fokus pada perkara yang boleh kita kawal, InsyaAllah kita akan lebih bahagia. Sebagai guru, kami tak mampu mengawal dasar yang telah ditetapkan, namun kami mampu untuk membentuk kaedah pembelajaran dan pengajaran yang memberi kepuasan kepada kami dan memberi impak positif kepada pelajar. Kalau kami 'bising' pun , dasar tetap akan dilaksanakan. Tak guna cakap banyak.... Bukan buat hati tenang dan senang. Do the best you can.

Beri arahan mungkin mudah, tapi untuk memastikan yang diberi arahan melakukannya agak susah. Jadi sebagai perantara untuk memastikan hasrat murni pendidikan tercapai, saya perlu menyalurkan arahan dengan cara yang sebijak mungkin. Guru-guru dibawah tanggungjawab saya adalah pelaksana (frontliner) yang amat penting. Tanpa mereka, tidak mungkin segala program jabatan dan sekolah tercapai. Kepuasan saya ialah apabila guru-guru dapat menerima segala tugas dengan rasa terbuka dan positif dan seterusnya melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Bukan IQ sahaja yang perlu kita tonjol2kan, bahkan emosi dan sahsiah lebih diberi perhatian. Ramai orang berjaya bukan kerana IQnya tetapi kerana ESnya.

Selamat berjuang ....