Tuesday, 1 October 2013

Inovasi Dan Kehidupan

Perjalanan balik dari sekolah pada hari diisi dengan perbualan berkonsepkan inovasi dengan anakku yang ketiga.  Ia dicetuskan apabila kami nampak sebuah MPV yang seolah-olah dipasang satelit di atasnya.  Wild guessing mula menerpa pemikiran kami.  'Lampu kot...' kata anakku.  'Mungkin jugak' jawabku ringkas.

'Haa..... itulah inovasi yang mama nak buat.  Letak satelit di atas bumbung kereta.  Tapi kena direkabentuk agar ia tersimpan di bumbung.  Bila diperlukan, tekan punat/ button dan satelit itu akan keluar.  Ala-ala Mr Gadget gitu.'  Syarahku panjang lebar.  Anakku angguk mengiakan.  Fahamlah tu agaknya.  Dia pun dah faham sebab itulah yang aku selalu sebutkan bila kesesakan berlaku.
Aku cuba memandu hampir kepada MPV tersebut.  Sah... satelit.... Google maps punya.

Inovasi memang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kita.  Melalui kehidupan tanpa inovasi umpama minum minuman satu perisa sahaja sepanjang hidup.  Mesti bosan kan?

Treasure our life by being innovative.