Banyak peristiwa hari ini yang menduga kecil besarnya hati dan kekuatan iman. Teringat pesanan dalam buku Don't Be Sad. Setiap sesuatu yang berlaku itu ada baiknya untuk kita.
Wednesday, 28 July 2010
Hati Besar vs Hati Kecil
Banyak betul simpulan bahasa Melayu yang berkaitan hati. Buah hati, jauh hati, jatuh hati, kecil hati, besar hati, murah hati...... hati-hati. Begitu besar peranan hati dalam kehidupan manusia. Sebab itulah nabi bersabda yang lebihkurang maksudnya;"Sesungguhnya dalam diri manusia ada segumpal daging. Jika baik daging itu, maka baiklah diri dan jika buruk daging itu maka buruklah diri manusia itu. Dan daging itu adalah HATI."
Sunday, 25 July 2010
Cuti Sekolah Dah Bermula
Alhamdulillah, sekolah dah mula cuti. Pening????? Siapa yang pening ye? Anak2.. sebab tak tahu nak buat apa, atau 'parents' yang tak tahan dengan karenah anak2 ... Dugaan... Bagi emak ayah... inilah putaran hidup. Dulu masa kita kecil , kita yang buat emak ayah kita pening,, sekarang giliran kita pula lah kan..... So sabar dan kenalah fikir apa nak isi dengan masa lapang anak2 kita tu. Allah tu maha adil..
Macam dah jadi tradisi kamu di Hull, 'sleepover' kat rumah kawan2. Rasanya amalan ni kita tak buat di Malaysia. I mean sleepover in our friend's house. Kalau ada pun cuma tidur rumah rumah datuk nenek di kampung (atau sekarang ni di bandar la..). That's the most valuable experience for being away from our 'blood family'. Kawan2 lah tempat kita berkongsi suka dan duka. Tapi dalam kita berkawan masih kena jaga adab dan susila. Kalau tidak kawan boleh jadi lawan. Macam mana pun kita kena fikir positif. Selalu pesan dengan diri dan anak2. Allah tu maha adil. Setiap orang mesti ada kelebihan dan kelemahan. Macam kita juga. Jadi, bila kita tak suka seseorang, tak bermakna semua yang ada pada dia buruk belaka. Macam tu diri kita pada pandangan orang. Tak semua yang kita buat orang suka.
Thought Of The Day
Pagi tadi dengar berita kat SkyNews tentang kejadian 'stampede' waktu' Love Festival' di Diusburg, Germany. 19 orang mati dan beratus cedera. Beribu 'emergency workers' dikejarkan ke tempat kejadian. They all berkumpul sebab 'Pesta Muzik'. Tahun ni dibuat di Diusburg pulak. It is an annual even since 1985. Ini mengingatkan kembali kejadian di Terowong Muasseim di Makkah beberapa tahun lalu. Ramai yang meninggal dan cedera. Bezanya... tujuan mereka berkumpul. Satu kerana manusia, satu kerana pencipta manusia. Kalau gitu, natijahnya juga berbeza... Tepuk dada, tanya iman... Persamaan? Pada hematku... sikap manusia. Nafsi2. Masing2 fikir untuk selamatkan diri.... Baru aku teringat... Allah dah sebut dah dalam Qur'an, bagaimana gambaran ketika berlakunya hari Kiamat. Allah beritahu dalam surah 'Abasa yang bermaksud 'Iaitu pada hari yang setiap orang lari dari saudaranya'.
Thursday, 15 July 2010
Sibuk?? Setiap Orang Hanya Dapat 24 Jam..
Dah lama tak tulis dalam blog. Agak sibuk dengan pelbagai urusan peribadi dan packing barang. Minggu lepas ( 5 - 11 Julai ) famili dari Malaysia datang. Seronok terima tetamu. Dah lama tak jumpa dengan emak saudara dan sepupu. Sehari selepas tu, my ex student , Fauzie ,came to Hull. Dan pada hari yang sama juga Kak Siti dan suami pula datang untuk graduation day. Memang pack betul minggu tu. Itu yang lambat pergi usrah di rumah Marina. Hari tu buat pengisian tentang 'Lalai Bawa Kehancuran' hasil tulisan Ustaz Zawawi Yusof, mengambil sempena ayat 7 dan 8 surah Yaasin.
Diam tak diam hari ini 3 Shaaban. 3 minggu lagi umat Islam akan berpuasa. Alhamdulillah, moga dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan kali ini. Puasa di England akan lebih panjang berbandig di Malaysia. Waktu Imsak pukul 3 dan berbuka jam 9 malam. Waktu summer . Cubaan.... especially untuk anak2. Lebih2 lagi cuti sekolah.
Things to ponder for today ? When the cat goes away, the mouse will. That's what Roy said when me and my husband had a look on his house at Cranbrook Avenue. I was not quite sure whether it was phrase but I got what he meant. Knowing that me and my kids are leaving England for good, he suggested what men normally do when their families are away. To be frank, I am not really worried about this issue. I trust my man. He knows what he is doing. Actually, Roy is not the only person reminding me about this. A lot of my friends do. Only Allah knows what is going to happen, and he knows best. No point for me to worry about.
Subscribe to:
Posts (Atom)