Alhamdulillah, sekolah dah mula cuti. Pening????? Siapa yang pening ye? Anak2.. sebab tak tahu nak buat apa, atau 'parents' yang tak tahan dengan karenah anak2 ... Dugaan... Bagi emak ayah... inilah putaran hidup. Dulu masa kita kecil , kita yang buat emak ayah kita pening,, sekarang giliran kita pula lah kan..... So sabar dan kenalah fikir apa nak isi dengan masa lapang anak2 kita tu. Allah tu maha adil..
Macam dah jadi tradisi kamu di Hull, 'sleepover' kat rumah kawan2. Rasanya amalan ni kita tak buat di Malaysia. I mean sleepover in our friend's house. Kalau ada pun cuma tidur rumah rumah datuk nenek di kampung (atau sekarang ni di bandar la..). That's the most valuable experience for being away from our 'blood family'. Kawan2 lah tempat kita berkongsi suka dan duka. Tapi dalam kita berkawan masih kena jaga adab dan susila. Kalau tidak kawan boleh jadi lawan. Macam mana pun kita kena fikir positif. Selalu pesan dengan diri dan anak2. Allah tu maha adil. Setiap orang mesti ada kelebihan dan kelemahan. Macam kita juga. Jadi, bila kita tak suka seseorang, tak bermakna semua yang ada pada dia buruk belaka. Macam tu diri kita pada pandangan orang. Tak semua yang kita buat orang suka.
Thought Of The Day
Pagi tadi dengar berita kat SkyNews tentang kejadian 'stampede' waktu' Love Festival' di Diusburg, Germany. 19 orang mati dan beratus cedera. Beribu 'emergency workers' dikejarkan ke tempat kejadian. They all berkumpul sebab 'Pesta Muzik'. Tahun ni dibuat di Diusburg pulak. It is an annual even since 1985. Ini mengingatkan kembali kejadian di Terowong Muasseim di Makkah beberapa tahun lalu. Ramai yang meninggal dan cedera. Bezanya... tujuan mereka berkumpul. Satu kerana manusia, satu kerana pencipta manusia. Kalau gitu, natijahnya juga berbeza... Tepuk dada, tanya iman... Persamaan? Pada hematku... sikap manusia. Nafsi2. Masing2 fikir untuk selamatkan diri.... Baru aku teringat... Allah dah sebut dah dalam Qur'an, bagaimana gambaran ketika berlakunya hari Kiamat. Allah beritahu dalam surah 'Abasa yang bermaksud 'Iaitu pada hari yang setiap orang lari dari saudaranya'.
No comments:
Post a Comment