Hari Jumaat...sayyidul ayyam sudah seharusnya dihiasi dengan kepelbagaian ibadah baik yang wajib mahupun yang sunat. Walaubagaimanapun, bukan mudah rupanya untuk memujuk dan melembutkan hati agar terus istiqamah dengan kebaikan. Kerencaman ragam manusia sudah semestinya memberi cabaran yang hebat untuk terus bersangka baik dengan orang lain. Hanya satu yang saya pegang untuk memujuk diri agar tidak bersikap 'bajet bagus'. Sudah sememangnya saya bukan seorang yang 'perfect'. Ingat wahai diri yang lemah.... SETIAP MANUSIA ALLAH BERI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN. Kelemahan kita ditampung oleh kelebihan orang lain dan begitulah sebaliknya.
Ya Allah... rupanya diri ini dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang punya keistimewaan tersendiri. Kalau kita cari yang baik dari seseorang, InsyaAllah itulah yang kita jumpa. Sebaliknya jika kita cari kelemahan mereka, maka itulah yang akan kita temui. Kekadang diri ini merasa kecil hati dengan perilaku orang lain. Tapi bila tengok diri...... siapalah aku... tahi mata pun tak boleh nak kawal dari tak keluar, ini kan pula nak mempertikaikan orang lain.
Wahai diri.... sentiasalah menyemai kekuatan diri dan meraikan kehebatan orang lain.
Wednesday, 5 November 2014
Mengapa hanya itu?
Sepadan dengan 'my blog title' Hijrah, tahun baru hijrah 1436 mula menampakkan sinar. Hari ini adalah 12 Muharram. Sesuatu yang pasti adalah peralihan masa, lantas hari tua kita adalah perkara yang tidak perlu dielakkan. Bagaimana kita bersedia untuk hari tersebutlah yang memebezakan insan berfikir waras dengan tidak. Usah kita sibuk untuk menegangkan kulit yang dah mula kendur jika pada masa yang sama kita tidak memperbaiki nilai amal yang makin luntur.
One drop make an ocean. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pepatah Melayu yang perlu dijadikan tauladan. Sedikit tetapi berterusan itu istiqamah namanya. Dalam Islam sendiripun, kita digalakkan istiqamah dalam mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar. Secara peribadi aku berpendapat istiqamah dengan kebaikan itu sendiri merupakan jihad nafsi yang berterusan dalam diri. Jika diri tidak mampu menyertai misi ke Palestin dan sebagainya, tidak bermakna pintu jihad tertutup. Bukan ke jihad itu perjuangan? Maka usah kita sempitkan ruang lingkup jihad. Nanti kita yang susah. Sekarang ini ramai yang mengikut perjuangan IS kerana konsep jihad yang mereka faham adalah begitu.
Tahun baru hijrah ini seharusnya menjadi satu lagi anak tangga untuk kita menuju Cinta Sejati kita. Aku bukanlah orang yang banyak ilmu untuk dikongsi bersama orang lain. Namun aku masih terus bercita-cita untuk menyampaikan sesuatu itu 'bil hal'.

Bunga seroja dipetik dara
Untuk dijadikan hiasan hantaran
Amal kebaikan tidak seberapa
Biar sedikit asal berterusan
Subscribe to:
Posts (Atom)