One drop make an ocean. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pepatah Melayu yang perlu dijadikan tauladan. Sedikit tetapi berterusan itu istiqamah namanya. Dalam Islam sendiripun, kita digalakkan istiqamah dalam mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar. Secara peribadi aku berpendapat istiqamah dengan kebaikan itu sendiri merupakan jihad nafsi yang berterusan dalam diri. Jika diri tidak mampu menyertai misi ke Palestin dan sebagainya, tidak bermakna pintu jihad tertutup. Bukan ke jihad itu perjuangan? Maka usah kita sempitkan ruang lingkup jihad. Nanti kita yang susah. Sekarang ini ramai yang mengikut perjuangan IS kerana konsep jihad yang mereka faham adalah begitu.
Tahun baru hijrah ini seharusnya menjadi satu lagi anak tangga untuk kita menuju Cinta Sejati kita. Aku bukanlah orang yang banyak ilmu untuk dikongsi bersama orang lain. Namun aku masih terus bercita-cita untuk menyampaikan sesuatu itu 'bil hal'.
Bunga seroja dipetik dara
Untuk dijadikan hiasan hantaran
Amal kebaikan tidak seberapa
Biar sedikit asal berterusan
No comments:
Post a Comment