Friday, 6 December 2013

Berlalu sudah...

Sudah 11 bulan 5 hari tahun 2013 dilalui dengan pelbagai cabaran pahit dan manis.  Sememangnya hidup ini penuh dengan dugaan, barulah kita merasai keindahannya.  Kadang-kadang saya merasakan kebosanan apabila diri sibuk mengurus perkara yang tidak pernah selesai, tanpa mencipta sesuatu 'keajaiban'.
Keajaiban yang saya maksudkan bukanlah seperti 'magician' tetapi hanya satu kelainan yang saya sendiri akui.  Terus terang saya nyatakan bahawa saya masih tercari-cari 'identiti' saya.

Mungkin ada orang yang mengatakan saya berupaya mengurus.  Itu pandangan orang, apa boleh saya buat.  Namun jauh di sudut hati saya merasakan keupayaan yang saya berikan hanyalah  20% dari keupayaan sebenar.  Saya masih belum menemui kepuasan itu.

Kelmarin saya berbua-bual dengan suami tentang halatuju kami dalam kerjaya masing-masing.  Saya nyatakan bahawa saya perlu tinggalkan 'legacy' di mana pun saya diberi tanggungjawab. Legacy inilah yang sedang saya cari.  Suami nyatakan buat perkara luarbiasa.  Maksudnya  keluar dari rutin. Dalam usia menganjak 46 tahun pada tahun 2014, saya yakin bahawa saya masih mampu membina identiti saya sendiri. Saya ada 10 tahun lagi sebelum meninggalkan dunia pendidikan.  Gunakan sepenuhnya masa itu kerana 10 tahun bukanlah masa yang panjang.

2014 bakal menjadi medan awal untuk saya membentuk identiti tersebut.  InsyaAllah, demi anak bangsa yang terlibat dalam bidang teknik dan vokasional, saya perlu berusaha agar saya dan mereka  sama-sama melonjakkan nama baik bangsa Melayu Islam melalui bidang kami.
 




No comments:

Post a Comment