Thursday, 21 June 2012

Matlamat Sama... Cuma Cara Berbeza

Hari ini saya mengajar tajuk Pembetulan Kesilapan. Satu tajuk dalam Perakaunan yang agak sukar difahami pelajar. Ditakdirkan hari ini saya perlu memulakan pengajaran apabila 'partner' ada masalah yang perlu diselesaikan. Bila 'turn' saya habis saya pun 'pass the baton' kepada partner. Alhamdulillan sahabat tu boleh mengajar dengan baik walaupun guru baru. Cuma lenggok bahasa dan pendekatan agak berbeza dengan saya..... Dah berteriak pelajar kata tak faham.... Tak ke gelihati. Baru tukar cara pengajaran sekejap dah tak boleh nak tangkap.... Dari kejadian itu saya dapati bahawa kebanyak pelajar kita sukar mahu menerima perubahan. Itu yang susah nak berjaya. Mereka gemar berada di dalam zon selesa..... Boleh dibayangkan apa akan jadi dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan sumber manusia yang berpendapatan tinggi kalau mereka tidak mahu memerah otak untuk cuba memahami sesuatu yang sukar. Satu cabaran yang perlu digalas bersama. Cara saya memang sedikit berbeza tetapi matlamat kami sama. Apakah yang perlu saya amalkan bagi memastikan saya tidak merasa diri bajet baguss... Tercari-cari juga istilahnya. Cuma apa yang saya nyatakan dengan sahabat tadi bahawa kita perlu confident dengan kaedah yang kita sampaikan. Mungkin ia tidak sesuai dengan kumpulan A tetapi ia lebih sesuai dengan kumpulan B. Jangan risau. Setiap orang mempunyai kecenderungan dan kelebihan berbeza. Begitu juga dengan senario timbulnya pelbagai jenis persatuan yang memperjuangkan hak kumpulan tertentu. Kalau kita lihat di Malaysia sahaja berapa ramai persatuan/ parti politik yang memperjuangkan nasib sesuatu kumpulan. Mengapa perlu kita kata bahawa kita lebih baik dari kumpulan yang lain sedangkan kita tahu bahawa tidak ada jalan yang sempurna di dunia ini kecuali yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Begitu juga dengan kumpulan 'academician' @ agamawan... mengapa perlu kita menidakkan pendapat orang lain jika belum pasti kesahihannya. Saya sebagai orang awam yang masih jahil merasa rimas dan lemas dengan suasana ini. Banyak lagi tanggungjawab mencelikkan umat yang belum kita laksanakan. Berlapang dadalah dalam mengurus perbezaan pendapat. Sesuatu yang pahit itu tidak semestinya terus dibuang kerana kadangkala ia menjadi ubat dan sesuatu yang manis itu juga jangan terus ditelan kerana kadangkala ia mendatangkan musibah. Wallahua'lam.

Saturday, 16 June 2012

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum buat suami tersayang dan sahabat2 para bapa, Terimakasih di atas segala jasa dan kesabaran kalian melayan karenah isteri dan anak-anak. Itu baru satu isteri, dah tak terlayan, apalagi mereka yang pasang lebih dari satu. Belum lagi anak-anak yang berdedai kat belakang.Pening.... agaknya. Apapun memang ALLAH itu Maha Adil. Lelaki ni selalu berada dalam gelombang alpha.... tenaaang je. Berceriau anak pun tak kisah. MasyaAllah sabar betul.

 Bersempena Hari Bapa ni wajar untuk para isteri dan anak-anak 'menunjuk-nunjuk' rasa terima kasih dan sayang mereka kepada suami dan bapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Namun mungkin ada isteri yang berfikir ' buat apa nak susah-susah raikan hari bapa, masa hari ibu hari tu... tak de siapa pun kisah.' Hu2.. sedihnya. Tapi berbalik kita kepada salah satu objektif hidup kita. Kita perlu berlumba-lumba mencari pahala untuk mendapat rahmat Allah. Mudah-mudahan dengan rahmat Allah itu kita dapat masuk syurga. Kita tak dapat cari pahala sekiranya menerima tetapi banyak pahala yang kita boleh kaut jika kita memberi dengan ikhlas dan seterusnya menggembirakan orang tersayang. Tak nak ke? Teringat motivasi Ustaz Pahrol dalam bukunya Mukmin Profesional : Memberi itu membahagiakan.

 Selalu saya ingatkan anak-anak tentang antara sikap kebanyakan kaum Adam di Malaysia : tidak suka menunjukkan kasih sayang secara zahir. Tanda mereka sayang adalah dengan mencari rezeki untuk keluarga. Nak minta beli hadiah... kadang-kadang, jarang-jarang. So, jangan kecil hati sebab kita banyak tanggungjawab untuk dilaksanakan. Jangan dilayan kata-kata sinis syaitan kurus tu.. Jadilah orang yang sentiasa sibuk mencari kesalahan sendiri InsyaAllah kita tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain. SELAMAT HARI BAPA

 p/s Ahad ke-3 setiap bulan Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Bapa di Malaysia.

Wednesday, 6 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah saya masih punya kesempatan untuk menulis setelah berehat lebih 5 bulan. 5 bulan merupakan masa yang panjang sehinggakan interface blogspot pun dah tukar. Semalam saya baru sahaja balik dari kampung, menziarah parents dan keluarga di kampung. Seronok jumpa keluarga terutama nenek yang dah berusia 91 tahun. Banyak yang saya belajar bila merenung mata nenek. Dalam usia sebegini, tak banyak yang beliau boleh lakukan. Bergerak terpaksa menginsut, bercakap pun tak jelas dan kerap lupa. Semua keperluan diurus oleh anak-anak. Melihat nenek menimbulkan seribu keinsafan dalam diri. Dalam diam saya berdoa moga Allah memberi saya peluang untuk tidak menyusahkan anak-anak. Jauhkanlah aku dari nyanyuk di penghujung usiaku. Basahkanlah lidahku dengan sentiasa menyebut namamu ya Allah. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa mensyukuri nikmat mu dan memperelokkan ibadahku. Mungkin ada hikmahnya Allah melanjutkan usia ibu bapa sehingga memerlukan bantuan anak untuk mengurus diri. Di sinilah kita dapat melihat anak manakah yang berlumba-lumba mengaut pahala dengan menjaga orang tua. Namun dalam suasana sekarang di mana suami dan isteri bekerja, sukar untuk anak-anak memberi tumpuan kepada orang tua mereka. Ya Allah aku tak nak anak-anakku berdosa kerana gagal berbakti kepada kedua ibubapanya.