Wednesday, 5 November 2014

Wahai Hati ...

Hari Jumaat...sayyidul ayyam sudah seharusnya dihiasi dengan kepelbagaian ibadah baik yang wajib mahupun yang sunat.  Walaubagaimanapun, bukan mudah rupanya untuk memujuk dan melembutkan hati agar terus istiqamah dengan kebaikan.  Kerencaman ragam manusia sudah semestinya memberi cabaran yang hebat untuk terus bersangka baik dengan orang lain.  Hanya satu yang saya pegang untuk memujuk diri agar tidak bersikap 'bajet bagus'.  Sudah sememangnya saya bukan seorang yang 'perfect'.  Ingat wahai diri yang lemah.... SETIAP MANUSIA ALLAH BERI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN. Kelemahan kita ditampung oleh kelebihan orang lain  dan begitulah sebaliknya.

Ya Allah... rupanya diri ini  dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang punya keistimewaan tersendiri.  Kalau kita cari yang baik dari seseorang, InsyaAllah itulah yang kita jumpa.  Sebaliknya jika kita cari kelemahan mereka, maka itulah yang akan kita temui.  Kekadang diri ini merasa kecil hati dengan perilaku orang lain.  Tapi bila tengok diri...... siapalah aku... tahi mata pun tak boleh nak kawal dari tak keluar,  ini kan pula nak mempertikaikan orang lain.

Wahai diri.... sentiasalah menyemai kekuatan diri dan meraikan kehebatan orang lain.


No comments:

Post a Comment