Bila cerita tentang lebih pahala untuk suri@sura rumah ni, teringat pulak tentang keluhan anakanda Rasulullah Saidatina Fatimah tentang kesusahan beliau yang terpaksa mengisar gandum sendiri untuk makanan keluarga lalu meminta agar ayahandanya menyampaikan aduan tersebut kepada Saidina Ali untuk menyediakan orang gaji. Topik ni yang aku utarakan waktu berbual dengan Marina tentang penyediaan kuah laksa johor (dah lama tak buat sendiri) dan inti kuih tartnya waktu jamuan raya. Marina tumbuk isi ikan mackerel (untuk kuah laksa) dan parut pulak nenas untuk buat jem nenas. MasyaAllah. Mudah2an alu, lesung dan alat memarut bertasbih untuk beliau. Aamin. Setakat hari ni, aku tak sanggup buat macam tu. Apa lagi masukkan isi ikan dalam blender, tekan je lah button tu. Itu yang pahala pun sikit, sebab nak blend tu tak sampai 5 minit, dah hancur. Buat dodol malam tu pun separuh jalan kacau dalam kuali, tak larat, guna microwave. Jadi tapi tak secantik kacau dalam kuali.
Thought Of The Day
Ikhlaskan diri dalam setiap perbuatan kita. Tak kira kita buat dengan apa cara sekalipun asalkan dibenarkan syariah. Kalau kita usaha banyak tapi buat untuk manusia, maka manusia lah yang akan beri ganjaran. Allah tak pandang. Nabi dah pesan kita akan dapat apa yang kita niatkan. So, sementara masih diberi peluang bernafas elok kita rebut peluang. Bersikap 'opportunis' untuk kebaikan diri dan manusia lain tanpa mendatangkan mudarat kepada kumpulan manusia yang lain pula, tidak mengapa.
No comments:
Post a Comment