Bila minum kopi di kantin, selalu juga aku minta teh panas. Perubahan berlaku ?.... Sudah pasti. Air panas yang jernih berubah warna dan rasa kerana adanya proses 'dissolution'. Tapi kalau terlalu panas dan kelas dah nak mula, kena minum cepat pulak. Mintalah ais dari makcik kantin. Air teh pun sejuklah sikit sebab ada proses 'interaction'. Senang kata fenomena perubahan yang berlaku ini bukan berlaku dengan tidak sengaja. Mesti ada yang mengaturnya. Siapa ye?... Kita fikirkan bersama.
Begitu juga dengan cara kita atur hidup kita. Kadang2 kita rasa macam bosan aje. Buat perkara yang sama tiap hari. Tidak ada kepuasan. Macamana kalau kita cuba tambah 'perisa' sedikit, mudah2an datang kepuasan. Kalau dalam makanan, perisa ditambah untuk menyedapkan makanan. Begitu juga dengan hidup ni. Perisa itu seharusnya menambah kualiti kehidupan kita. Cuma kena hati2 sebab ada kalanya perisa ni banyak sangat monosodium glutamate. Tak baik untuk kesihatan. Oleh itu, kenalah memilih perisa yang 'halalan toyyiban'.
Ya Allah berilah kekuatan kepadaku, suamiku, anak2, ibubapa, kaum keluarga dan sahabat handaiku untuk membawa perubahan yang memberi manfaat kepada diri, bangsa , agama dan negara.
No comments:
Post a Comment