Tuesday, 9 November 2010

Penghujung Benua Asia

Aku dan anak2 mengambil keputusan untuk melihat dan menikmati keindahan negeri Johor setalh kami tinggalkan hampir 3 tahun. 'Surf' di internet tempat2 menarik di Johor Bahru, macam kurang mengancam je. Rasanya Pontian tak kurang menariknya. Ada Kukup dan Tanjung Piai. Setelah dipersetujui oleh suami yang jauh diperantauan, kami mengambil keputusan ke Tanjung Piai. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari rumah.

Kami singgah di Tanjung Piai Resort (resort terapung) dan makan tengahari di Restoran Atan. Menariknya tentang resort ini, ia diusahakan oleh Pak Atan yang dahulunya nelayan di kawasan ini. Elok kalau aku bawa anak2 murid Pengajian Keusahawanan dan tunjukkan kepada mereka 'contoh hidup' usahawan yang berupaya menggembleng sumber dan memanfaatkan segala ruang dan peluang untuk memperbaiki taraf hidup sendiri dan masyarakat setempat. Banyak jasa beliau kepada penduduk di kampung itu. Mudah2an Allah perluaskan lagi rezeki beliau.

Selepas solat Zohor kami ke Taman Negara Tanjung Piai yang tidak jauh dari resort tersebut. Kedatangan kami disambut oleh sahutan monyet yang bergayutan di dahan pokok2 berhampiran. Kagum dengan kehebatan Allah mencipta ikan belacak yang berkaki. Mula2 Nur Saadah dan Zubair takut nak tengok. Tapi lepas tu they all, rasa seronok. Kami ke jeti yang letaknya beberapa meter dari perairan Indonesia. Di situ ditunjukkan arah beberapa bandaraya utama dunia termasuk London yang jauhnya lebihkurang 12,000 km. Aku beritahu anakku Nur Saadah, ayah ada di sebelah sana. Lalu dia tanya ayah kat dalam air ke? Bila ayah nak sampai? Satu hari nanti ayah sampailah, jawabku.

Kami turut ke point Penghujung Benua Asia dalam terik matahari jam 230petang. Cantik tapi rasanya lebih informatif kalau ditunjukkan peta kedudukan . Yang ada cuma globe besar yang sebahagiannya dah pecah. Nak tunjuk pada anak2 pun tak boleh. Apa pun syukur kami dapat menamatkan misi pertama jelajah Johor. Misi kedua belum difikirkan. Inilah antara aktiviti hujung mingguku sementara anak2 masih bersama. Lagipun nak layan mereka agar tak rasa bosan duduk je kat rumah.





No comments:

Post a Comment