Saturday, 19 January 2013

Hidup Itu Indah

Keindahan adalah sesuatu yang sentiasa didambakan dalam hidup manusia.  Bagi saya indahnya sesuatu itu banyak bergatung kepada tanggapan kita.  bak kata pepatah Inggeris' beauty is  in the eyes of the beholder'.  Hari ini  adalah hari yang  indah kerana dapat melihat kegembiraan rakan menyambut menantu.  Bercakap tentang majlis perkahwinan sudah tentu tidak dapat lari dari elemen keindahan baik dari segi fizikalnya atau pun emosinya.  Pentas yang dihiasi dengan pelamin tersergam indah berwarna serba putih menaikkan lagi seri pengantin.

Namun keindahan itu tidak seharusnya dilihat dari segi fizikal sahaja.  Keindahan fizikal tidak menggambarkan keindahan spritual dan emosional.  Tapi percayalah bahawa keindahan spiritual dan emosional itu mampu menjelmakan keindahan fizikal.  Seperti yang selalu diperkatakan oleh ustaz Pahrol Mohd Joui, tarbiyah dari dalam keluar .

Bagaimana pula harus kita menjadikan hari-hari kita ini indah.  Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyum itu sedeqah.


No comments:

Post a Comment