Tuesday, 17 May 2011

Gurukah yang akan menjadi penjana transformasi pendidikan negara

Mudah di sebut, sukar diikut. Itulah perasaan saya ketika diminta menyanyikan lagu tema hari guru pada tahun ini. Rasa berat menuturkan bait-bait lirik lagu yang indah diungkap oleh penulis liriknya. (Walaupun iramanya susah nak diikut).

Melihat beratus anak murid duduk di dalam dewan sambil bergembira mendengar guru-guru mereka naik ke pentas kerana menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru, hati saya tersentak sejenak memikirkan, fahamkah mereka hakikat sebenar hari guru ?

Secara peribadi, saya tidak menganggap hari guru terlalu istimewa. Ia sama sahaja dengan hari-hari lain. Bezanya kami tidak perlu mengajar pada hari itu, malah diraikan oleh pelajar. Nak tegur pelajar kerana kesilapan yang mereka buat pada hari itu pun, kena fikir dua kali. Cikgu tak sporting, kata mereka. Walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada pihak yang telah mencetuskan idea sambutan hari guru ini.

Melihat kepada perkembangan semasa, peranan guru dalam menjana transformasi pendidikan negara semakin berkurang. Transformasi membawa makna yang besar. Ia tidak semudah seperti yang digambarkan dalam cerita Transformer. Sedangkan kartun transformer itu pun memerlukan persiapan yang cukup rapi terutama dari segi teknikalnya, apatah lagi guru yang akan 'transform' manusia melalui sistem pendidikan. Ingatan kepada diri saya yang kadang-kadang lupa:

Jagalah hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia.

Monolog Diri

Menginsafi nasib kaum Melayu apabila membaca Interlock. Terimakasih tuhan, engkau memberikanku kekuatan untuk membaca karya agung milikMu yang kau titipkan melalui hambaMu sdra Abdullah Hussain.

No comments:

Post a Comment