Tuesday, 15 June 2010

Melentur buluh........

A nice pose from Nur Saadah.

Hari ini anak kecilku , Nur Saadah, yang berumur 3 tahun berkata ' Tadi teacher hantar belon untuk Kerry'. Itulah cara guru2 di McMillan Nursery terangkan kepada anak2 kecil tentang ke mana perginya guru kesayangan mereka Kerry . Kerry McKenzie , salah seorang guru di nursery ni telah meninggal dunia pada 3 June lepas kerana 'heart attack'. Terasa kehilangannya terutama bila hantar dan ambil Nur Saadah dari nursery. Dialah antara guru yang paling sibuk melayan kerenah anak2 sementara menanti ibu bapa mereka datang.


Anak2 masih belum faham erti kematian. Bila nak terangkan kepada mereka , kena guna cara yang sesuai dengan cara berfikir. Kena kreatif. Inilah keistimewaan nursery di sini. Mereka akan mengajar anak2 berfikir , bertanya dan mencari jawapan melalui permainan dan persembahan. Sesuatu yang kita kurang lakukan dalam sistem pendidikan pra sekolah di Malaysia. Teringat aku kepada Steiner School Curriculum kepada early years children. It says that the early years curriculum put the emphasis on rounded creative development of the whole child, their personal security and their confidence. Steiner Schools adalah antara sekolah persendirian yang popular di UK. Tak terikat kepada kurikulum nasional, tetapi pelajar2nya menduduki peperiksaan am seperti GCSE.

Sepanjang 2 tahun 5 bulan di sini, banyak perkara yang ku pelajari tentang kaedah pendidikan di UK. Seperti lain2 methods ciptaan manusia, ada baik dan buruknya. Tak semua yang negara maju ni buat elok. Yang baik jadikan teladan, buruk pula jadikan sempadan.



No comments:

Post a Comment