Sunday, 13 June 2010

'Car Boot' dan 'Charity'

Hujung minggu adalah masa berjumpa sahabat2 samada secara dirancang atau tidak. Seperti biasa aktiviti hujung minggu kami di Hull ialah pergi ke CBS (Car Boot Sale). Boleh ku katakan bahawa CBS adalah antara identiti tak rasmi England. Kalau tidak masakan ada program khas tentang CBS ni kat BBC?

Sesetengah orang pandang sebelah mata je dengan barang2 car boot ni. Maklumlah jual barang2 terpakai. Macam beli baju2 'bundle' , kalau di Malaysia. Bagi aku, barang terpakai pun, kalau masih elok dan 'presentable' tak jadi masalah. Kalau perlu samak, samak lah dulu. Bagusnya konsep 'car boot' ni, barang2 yang kita tak nak pakai lagi, kita boleh kitar semual dengan cara jual kepada orang yang lebih memerlukan. Ini kita tak buat di Malaysia. Kalau ada pun mungkin di KL (tapi amat sedikit). Dengan cara ini kita tak membazir, disamping beri peluang bagi yang kurang mampu memakai barang eksklusif dengan harga murah (tapi 'used' lah). Cuma bagi yang nak jual, kenalah bertanggungjawab dan rasional. Juallah barang yang masih elok dan berfungsi.

Balik dari car boot kami bincang dengan anak2, elok kalau kita buat aktiviti ala 'car boot' ni kat Malaysia. Suamiku cadangkan kita buat konsep 'charity' je. ABIM boleh jadi organiser. Buat promo dulu. Sesiapa yang tak nak pakai lagi barang2 tertentu , boleh serahkan kepada organiser. Dengan syarat barang2 tu elok lagi. Hasil jualan serah untuk kerja2 kebajikan. Berpanjanganlah amal jariah.... Antara pembantu kita di alam kubur nanti. Kalau di UK ni , banyak betul 'charity' shop. Ada sesetengahnya tu, hasil digunakan khusus untuk penjagaan binatang2. MasyaAllah..... Mungkin sebab mereka ni dah maju, dah tercapai semua keperluan jasmani dan sosial, sebab tu mentaliti mereka berbeza dengan orang2 di negara membangun ni. Macam yang Abraham Maslow katakan melalui konsep hiraki keperluan manusia tu...

Bila aku cuba kaitkan dengan kehidupan muslim, aku teringat hadis nabi yang intisarinya bermaksud 'Sesungguhnya kefakiran itu menghampiri kekufuran'. Bila kita dah dapat memenuhi keperluan fizikal (tidaklah sampai bermewah2), maka kita akan mula berfikir apa yang kita boleh sumbang kepada orang lain. Sebab itu carilah rezeki seolah2 kita akan hidup selamanya. Beribadahlah seolah2 kita akan mati esoknya.

No comments:

Post a Comment