Friday, 11 June 2010

World Cup 2010

World Cup fever is almost everywhere in Hull. Boleh dikatakan 40% rumah di taman perumahan kami (Orchard Park) kibarkan bendera England. Macam suasana menyambut hari kemerdekaan di Malaysia. Seronok juga.

National Grid UK dah menjangkakan bahawa penggunaan electricity akan 'triple' kerana World Cup ni. The first match involving England is on Saturday (England vs USA). Bila sebut England lawan USA ni, terbaca pulak headline kat akhbar tabloid di UK ( masa belanja kat Lidl, kalau nal beli, tak de lah.... tak mampu). Dia kata 'Obama spoils Brits Pensions'. Puncanya oil spills kat Gulf of Mexico tu laa... Sampai sekarang masih belum selesai. Sampaikan BP Chairman kena mengadap Obama di White House. USA akan cuba menghalang BP dari bayar dividen kepada shareholders sehinggalah dia (BP) selesaikan kerja2 pembersihan minyak kat Louisiana tu. Terus share BP jatuh 26.++%. Masa tu sibuklah media kat sini mainkan sentimen anti American-anti British. Puncanya kerana Pension Funds kat UK ni labur saham dalam British Petroleum. Bila ditanya pihak Pension Funds dia kata pelaburan PF dalam BP hanya 1.5%. Jadi PF masih boleh lakukan perkara yang sepatutnya jika sesuatu berlaku kepada BP.

Begitulah media, perkara yang sepatutnya diberi tumpuan, buat pejam sebelah mata. Suka berita sensasi. Nampaknya selagi objektif media adalah keuntungan (lebih ramai beli... lebihlah untungnya) selagi itulah benda ni berlaku.

Mungkin petanda akhir zaman, manusia tidak suka kepada kebenaran sebab ia kekadang menyakitkan. Pesan pada diriku , 'Dunia semakin tua..... Perbanyakkan taubat dan buatlah yang terbaik'.

No comments:

Post a Comment