Monday, 30 August 2010

Kita Memberi Orang Merasa

Hari ini cuti, Bank Holiday. Teringat kali pertama dengar term Bank Holiday di UK ni, ingatkan semua bank cuti. Rupanya 'public holiday'. Di UK semua 'public holiday', except Christmas, adalah pada hari Isnin. Senang sikit nak atur aktiviti jalan-jalan sebab kita boleh gunakan 'Saturday through Monday for a holiday'.

Insy Allah hari ini nak hidupkan budaya hantar makanan ke rumah rakan2 di bulan puasa. Orang Jawa sebut 'munjung'. Di Hull ni ada 2 je orang Jawa. Elok kalau perkenalkan amalan ni kepada rakan2 lain yang kebanyakannya datang dari utara Semenanjung. Satu lagi budaya yang kami orang Johor amalkan di Hull ni ialah 'berkat' (sedikit makanan untuk orang yang datang kenduri rumah kita). Banyak kebiasaan masyarakat Johor yang membantu kami di perantauan ni. Kalau majlis Yaasin dan tahlil, biasanya orang Johor lah yang kena 'lead'. I'm proud to be Johorian.

Thought Of The Day

Kita selalu ingat apa yang kita beri kepada orang tapi jarang kita kenang apa yang orang beri kepada kita. Macam juga kita fikir sembahyang dan puasa kita tu dah cukup untuk menyatakan rasa syukur kita kepada Allah, tapi kita lupa yang setiap mikromilimeter badan kita ni Allah yang uruskan. bayangkan kalau di saat aku menulis ni , tiba-tiba Allah tak alirkan darah ke jari2 yang nak menaip, mahu kebas tangan di buatnya. I remember my 9 years old son asked me, 'Why do you always cook whenever we have 'majlis' for the community?'. Tak fikir pulak dia perasan . Kena jelaskan pada dia, sementara Allah beri kita kesihatan dan rezeki, kita tolong apa yang patut. Mudah2an Allah akan sentiasa beri kita kekuatan dan rezeki yang berkat.


No comments:

Post a Comment