Ramadhan yang pergi ditangisi
Bila mengingat kembali
Detik-detik Ramadhan yang telah dilalui
Puasa tak tentu tulen
Tarawih kadang-kadang ponteng
Nak keluarkan sedekah
Teringat kuih raya, baju raya perlu salin
Namun tangisan itu
Hanyalah air mata buaya
Jika saban tahun berlaku
Namun tiada 'transformasi'
Syawal pula dinanti
Konon masa inilah hari keramat
Mohon maaf berkoyan-koyan
Minta halal makan minum
Padahal jumpa pun setahun seklai
Mana pulak kita makan makanan dia
Rutin Syawal berlalu tanpa pengertian
Sedangkan Syawal merupakan Eidul Fitr
Hari fitrah kerana hamba ini baru kembali
Dari berjuang di bulan Ramadhan
Kini Syawal mahu melabuhkan tirainya lagi
Adakah Syawal tahun ini
Telah diraikan
Dengan cara yang lebih baik dari tahun lepas?
KAIZEN....
No comments:
Post a Comment