Baru beberapa hari berlalu, pelajar-pelajar di sekolah menduduki ujian pertama bagi tahun 2011. Kalau dah namanya ujian, sudah tentu skop yang diuji juga tidak banyak. Walaubagaimanapun, banyak rungutan dari guru-guru bahawa pelajar tidak menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Banyak alasan diberikan oleh pelajar atas ketidaksediaan mereka menghadapi ujian kali ini. Balik kampunglah, penat latihan kawad kaki lah... baru habis kem kepimpinan lah. Pendek kata kalau diminta memberi alasan, satu hari tak habis.. Macam yang pernah saya utarakan dalam pos saya yang lalu... berkaitan lagu bangau oh bangau.
Jika hidup penuh alasan
Sampai bila pun matlamat tak kesampaian
Mengapa agaknya menjadi tabiat manusia untuk cepat menuding jari ke pihak lain sekiranya sesuatu musibah menimpa diri. Orang bijak pandai selalu berpesan 1 jari menuding ke pihak lain, 3 jari lagi menuding ke arah diri sendiri. Retrospeksi.
Cermin diri cerminlah peribadi
Muhasabah diri elokkan pekerti
No comments:
Post a Comment