Saturday, 8 October 2011

Pengimport dan Belanjawan 2012...


Di manakah kedudukan kita dalam pembentangan belanjawan Jumaat , 7 Oktober kelmarin? Apa yang nyata, banyak RM atau 'benefit' yang bakal mengalir masuk ke dalam poket. Ramai yang kata ini adalah Belanjawan pilihanraya ? Lantas ada yang bertanya, dari manakah kerajaan memperoleh duit sebanyak itu... Walau apa pun yang dilakukan oleh kerajaan kita berharap mereka telah melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab....Bukan meraih simpati rakyat agar mereka merealisasikan rasa terima kasih
dengan memangkah simbol tertentu sewaktu pilihanraya.
Sebagai wanita, guru, ibu dan orang kampung yang pendapatan sebahagian ahli keluarga RM3000 ke bawah, saya rasa kerajaan 'fulfill' kehendak saya. Namun yang penting bagi saya, saya tidak mahu sentiasa menjadi wanita pengimport bahkan mahu juga menjadi pengeksport. Iltizam inilah yang sentiasa memberi saya kekuatan untuk terus menabur bakti kepada yang memerlukan. Walaupun tidak seberapa dari segi RM, tapi itulah yang mampu saya lakukan. Bagaimana?... Kita jumpa lain kali


No comments:

Post a Comment