Friday, 3 September 2010

Kenduri Arwah...

Ramadhan ini , 2 orang rakan telah kehilangan ibu dan ayah masing2 buat selama2nya. Bila ada kematian, masyarakat Melayu Islam Malaysia, biasanya akan mengadakan kenduri arwah. Sepanjang pengetahuanku, itu adalah adat aje. Sedangkan majlis tahlil dan Yaasin aja dah mengundang banyak hujah di kalangan ulamak, apa lagi kalau diiringi dengan makan minum , dah macam jamuan hari raya pulak. Bid'ah...

Kami di Hull , ada juga mengadakan majlis Yaasin dan berbuka puasa bila ada sahabat yang kematian ahli keluarga. Tujuan untuk mengingatkan yang hidup, bahawa setiap orang akan menemui kematian. Tapi tak tau lah adakah semua yang hadir faham konsep ini. Kita tak nak perkara yang kita buat diingatkan 'ibadah' rupanya 'bid'ah' . Ada pulak rakan yang tanya hari kedua dan ketiga buat kenduri lagi tak? Agak terperanjat juga bila pertanyaan itu datang dari orang cerdik pandai. Ye lah kalau kat Hull ni, paling teruk pun ada 'degree'. Aku jawab , kalau nak baca Yaasin dan tahlil tak kira hari ke berapa. Buat hari2 lagi elok. Elok lagi kalau dibuat di kalangan keluarga je. Sebab kalau dah ramai2 , makan je yang lebih. Lupa dah macam mana keadaan orang yang dalam kubur. Aku memang tak setuju dengan kenduri arwah , especially ikut hari tertentu. Itulah adat orang Melayu Islam yang tak Islamik. Dah jenuh ustaz2 sebut perkara ni bid'ah, tapi masih nak buat jugak. Yang baik , pergi masjidke, dengar ceramah ke, susah pulak nak pergi. Astaghfirullah..

Apa pun , jemputan ke Majlis berbuka di rumah Za dan Ahmad (yang baru kematian ibu) petang ini, aku percaya diadakan bukan kerana sempena hari ke 10 kematian. Yang pergi kita sentiasa doakan agar ditempatkan bersama golongan yang beriman, manakala yang masih bernafas ni, rebutlah peluang untuk dapatkan barakah Allah sempena bulan Ramadhan. Apatah lagi malam2 terakhir, yang kadang2 kita buat2 lupa. Sibuk buat kuih ....

2 comments:

  1. salam. sebaik2 doa'adalah daripada isteri/suami dan anak2 yg soleh. Tahun lepas, sewaktu allahyarham ustaz haji kumasi meninggal dunia (bekas tokoh guru johor/kekanda kpd bekas mufti johor) tiada kehenduri arwah dibuat, sebaliknya anak2 dan cucu yang berkumpul sama2 mengaji dan mendoakan agar rohnya senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah. bukan tiada ulamak yg buat, tapi tiada yg suka mendengar dan melihat sesuatu yg diluar kebiasaan, walau pun yg diluar kebiasaan itu lebih afdhal dan lebih baik untuknya.
    Selamat meriakan ramadhan. bila akan samapai ke Malaysia? Banyak perkembangan baru akan berlaku pada tahun hadapan. Harap akan dapat berjumpa Zarimah. I'Allah saya, suami dan anakanda nawwar akan menunaikan fardhu haji pada musim ini. Kepada allah jua kami mengharapkan pertolongan dan perlindungan semoga urusan ibadah kami berjalan dng lancar, dipermudahkan dan diteirma olehNya. selamat kembali ke tanah air.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tercapai hajat sekian lama untuk menunaikan ibadah haji. Moga akak, suami dan Nawwar memperoleh haji yang mabrur. Aamin. Insya Allah kita jumpa dalam masa terdekat.

    ReplyDelete